Duniaku TeknokratEkonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Apple Syarikat Paling Bernilai Di Dunia

Saham pengeluar telefon pintar iPhone dan gergasi teknologi pengguna, Apple mencecah rekod tertinggi apabila permodalan pasarannya melepasi AS$3 trilion untuk menjadi syarikat paling bernilai di dunia, menurut data dagangan.

Saham Apple mencecah paras tertinggi AS$182.87 pada Isnin untuk melepasi penilaian AS$3 trilion, demikian menurut data dikumpul daripada platform Nasdaq bagi saham firma teknologi besar, lapor Sputnik.

Gergasi teknologi itu mencatatkan pencapaian itu pada hari dagangan pertama tahun baharu selepas penganalisis Wedbush Securities, Daniel Ives memberikan tinjauan positif terhadap syarikat terbabit bagi 2022.

Ives dalam satu nota penyelidikan berkata, permintaan mengatasi bekalan Apple bagi jualan Disember.

Beliau menambah bahawa China kekal sebagai sumber utama kekuatan syarikat itu.

Selain itu, iPhone SE 5G yang bakal dikeluarkan berpotensi menarik hampir 1.4 bilion pengguna Android peringkat rendah ke pertengahan dan 300 juta pengguna model lama iPhone, kata penganalisis.

Ketika saham Apple melonjak sejak beberapa bulan lalu, penganalisis turut menaikkan sasaran harga masing-masing, dengan J.P.Morgan dan BofA Global Research meningkatkan unjuran kepada AS$210 sesaham.

Sasaran sedemikian akan menjadikan permodalan pasaran Apple pada kira-kira AS$3.5 trilion. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close