Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Aero Physiotherapy Di Shah Alam, Tawar Khidmat Pemulihan & Fisioterapi Secara Terus Kepada Masyarakat Melalui “Home-Based Services”

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Menerusi slogan syarikat “We Treat Dysfunction with Movement”, tumpuan utama diberikan kepada latihan khusus untuk tujuan penyembuhan, pemulihan dan kecergasan.

Itulah Kumpulan Aero HealthCare Sdn. Bhd menerusi Aero Physiotherapy (Aero Physio) yang membuka cawangan terbaharu di Shah Alam dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan khusus dalam bidang pemulihan dan perubatan fizikal (fisioterapi).

Syarikat 100% milik Bumiputera yang ditubuhkan pada 29 Mac 2021 ketika negara masih dilanda pandemik COVID-19 telah menetapkan objektif utama untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan dan fisioterapi secara terus kepada masyarakat melalui “Home-Based Services”.

Ketua Pegawai Eksekutif Aero Physio Shah Alam, Azffanizam Abd Halim, berkata ini bagi memastikan proses pemulihan secara berterusan terhadap kesihatan pesakit walaupun menghadapi cabaran dan kesukaran semasa fasa pandemik tempoh lalu .

“Pada masa ini, Aero Healthcare telah menyumbang dalam penyediaan perkhidmatan sokongan menerusi sistem perkhidmatan kesihatan utama negara seperti hospital, pusat perubatan dan kemudahan perubatan melalui perkhidmatan berasaskan rumah.

“Tambahan pula, Aero HealthCare telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan kesihatan lain untuk memastikan pelanggan mendapat akses yang menyeluruh dalam perkhidmatan kesihatan walaupun mereka berada di rumah semasa era pandemik mahu pun endemik sekarang, katanya.

Dalam majlis itu, Aero Physio Shah Alam dirasmikan secara bersama oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah dan Pakar Bedah Kardiotorasik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).Datuk Dr Nur Ayub Mohd Ali.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Operasi Aero Physio Shah Alam, Asnawi Mohd Tan serta Ahli Lembaga Pengarah iaitu Profesor Madya Dr Azillah Mohd Ali, Norsalwani Mohd Noor, Hassanul Basri Hanafi dan Bannister Anak Langgum.

Di majlis itu, Acryl Sani yang mengucapkan tahniah turut berharap pembukaan Aero Physio di Shah Alam ini memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat dan golongan sasar seperti ahli sukan dan warga veteran.

“Mnerusi pusat ini, saya difahamkan juga menyediakan rawatan terapi manual, senaman terapi dan dilengkapi dengan mesin elektroterapi di samping kepakaran tenaga kerja di pusat,” katanya.

Antara rangkaian penyedia perkhidmatan kesihatan yang dikendalikan oleh syarikat ialah Perkhidmatan Kejururawatan, Perkhidmatan Ambulans & Kecemasan dan Perkhidmatan Dietetik/Pemakanan.

Aero Healthcare pada dasarnya mempunyai tiga cawangan perkhidmatan iaitu Aero Physio Centre, Aero Home-Based Team dan Aero Training & Consultation Centre.

Perkhidmatan pusat fisioterapi turut menyediakan rawatan bagi kes-kes yang melibatkan kecederaan sukan, Neurologi, Geriatrik, Kardiovaskular, Pediatrik, Program Kembali Bekerja (RTW), Kembali Ke Sukan (RTS) dan Pemulihan Selepas Covid. Pasukan Fisioterapi Bergerak menyediakan perkhidmatan fisioterapi terus ke kediaman atau lokasi pesakit di sekitar Lembah Kelang.

Menurut Azffanizam, Aero Physio juga menyediakan latihan pengurusan penjagaan kesihatan dan pemulihan secara teori dan praktikal kepada ahli fisioterapi dan penyedia perkhidmatan kesihatan yang lain.

“Matlamat latihan ini adalah untuk menyampaikan pengetahuan khusus kepada orang ramai dan penjaga pesakit dalam proses menjaga ahli keluarga mereka yang memerlukan (bagi keadaan sakit), katanya.

Sebelum ini, Aero HealthCare juga telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 2021. Jaringan sefahaman itu sebagai penghubung antara pemain industri dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam menjalankan perkongsian kepakaran serta kerjasama erat dalam penyelidikan saintifik.

Syarikat juga telah menandatangani Surat Perjanjian (LOA) dengan Royal Medical College Perak (RMC) pada tahun ini dan kumpulan pertama pelajar Fisioterapi daripada pelajar pascasiswazah RMC Ipoh, Perak yang kini sedang menjalani ‘Clinical Posting’ di Aero Physio Centre, Puncak Alam, Selangor.

Aero Physio Shah Alam telah diasaskan pada Mac 2022 oleh tiga ahli terapi berasaskan mempunyai minat khusus dalam bidang sukan dan peningkatan prestasi. Slogan syarikat ialah “We Treat Dysfunction with Movement.” yang memberi tumpuan kepada latihan khusus untuk tujuan penyembuhan, pemulihan dan kecergasan.

Untuk masa depan, Aero HealthCare Group Sdn.Bhd, Pusat Aero Physio dan perkhidmatan lainnya akan terus komited dalam aspek pemulihan dan rawatan penyakit dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat.

Malah, kumpulan syarikat ini akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui perkhidmatan yang disediakan dan kepakaran sedia ada. Mereka yang berminat boleh datang ke alamat No 3FG, Jalan Bola Jaring 13/15, 40100, Shah Alam Selangor atau menghubungi nombor 011-63238055/03-55244939. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close