Duniaku Teknokrat

Badlisyah Dilantik CEO MARA Corp

MARA Corporation (MARA Corp) melantik Datuk Badlisyah Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan.

Badlisyah sebelum ini, memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lembaga Tabung Haji.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai CEO CIMB Group Islamic Banking dan CEO CIMB Islamic Bank Bhd.

Badlisyah memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Leeds, United Kingdom dan Chartered Banker (CB) yang dianugerahkan oleh Asian Institute of Chartered Bankers dan Fellow Chartered Professional in Islamic Finance (F.CPIF).

Beliau juga adalah alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping. Pengerusi MARA Corp, Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir, berkata pihak lembaga pengarah mengalu-alukan pelantikannya itu.

“Kami yakin pengalaman serta kepimpinan beliau dalam bidang perniagaan, kewangan serta pelaburan dapat memenuhi amanat sebagai CEO kumpulan dan mencapai mandat MARA Corp,” katanya dalam satu kenyataan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close