Ekonomi Islam & Global

Bank Islam Terbit Bahagian Ketiga Sukuk Murabahah

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menerbitkan bahagian ketiga Sukuk Murabahah (Sukuk) bernilai RM700 juta di bawah Program Sukuk Murabahah dengan nilai keseluruhan RM10 bilion.

Instrumen itu adalah Sukuk Subordinat kedua yang diterbitkan Bank Islam tahun ini.

Katanya, penerbitan sukuk berkenaan akan meningkatkan kecukupan modal Bank Islam, sejajar dengan keperluan Basel III.

“Sukuk ini boleh ditebus balik pada nilai nominal penuh setelah tempoh matang dan didatangkan dengan pilihan pembelian pada tahun kelima terbitannya.

“Ia juga menerima penarafan A1/stabil oleh RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings),” katanya.

Program Sukuk Murabahah Bank Islam telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 6 September 2018.

Di bawah program itu, Bank Islam diberi fleksibiliti untuk menerbitkan Sukuk Murabahah Subordinat dan/atau Sukuk Murabahah Kanan dalam tempoh berkenaan.

RAM Ratings telah mengesah semula penarafan jangka panjang A1/stabil dan AA3/stabil kepada masing-masing Sukuk Murabahah Subordinat dan Sukuk Murabahah Kanan, di bawah Program Sukuk Murabahah itu.

Bank Islam juga menjadi Penasihat Utama, Penyusun Utama, Ketua Pengurus, dan Penasihat Shariah bagi Program Sukuk Murabahah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata Program Sukuk Murabahah RM10 bilion itu adalah program sukuk kedua yang diperkenalkan Bank Islam.

“Program ini telah menerbitkan bahagian pertama pada 7 November 2019 yang membabitkan nilai RM300 juta, diikuti oleh bahagian kedua berjumlah RM400 juta pada 26 Mac 2020.

“Dari segi sejarah, Bank Islam telah memperkenalkan Program Sukuk pertama dalam bentuk Program Sukuk Murabahah Subordinat RM1 bilion dalam tiga bahagian pada Oktober 2014.

“Bank telah menerbitkan bahagian pertama bernilai RM300 juta pada April 2015, diikuti bahagian kedua bernilai RM400 juta pada Disember 2015 dan bahagian ketiga bagi program ini yang bernilai RM300 juta pada November 2017,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close