Duniaku Teknokrat

Bank Rakyat Lantik Ahli Lembaga Pengarah Baharu

Bank Rakyat mengumumkan pelantikan dua ahli Lembaga Pengarah baharu iaitu Datin Norhamizah Mat Tahir dan Mohd Jafri Kudus berkuat kuasa pada 13 Julai lalu.

Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam satu kenyataan, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman serta kepimpinan mereka dalam bidang keusahawanan dan teknologi yang dijangka akan memberi nilai tambah bagi memacu bank itu mencapai hasrat yang diaspirasikan dalam pelan jangka panjang Bank Rakyat 2025.

Norhamizah adalah usahawan wanita yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Norhamizah Tahir Associate Sdn Bhd dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak 16 tahun yang lalu.

Beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengarah di DSDM Rezki Sdn Bhd.

Sementara itu, Mohd Jafri yang berpengalaman luas lebih dari 30 tahun dalam industri teknologi dan telekomunikasi pula adalah Pengarah Eksekutif di Strovi Dox Sdn Bhd serta Perunding Pembangunan Perniagaan di Antah SNC Homeland Security Sdn Bhd.

“Bank Rakyat mengalu-alukan penyertaan dua ahli Lembaga Pengarah baharu ini untuk bersama-sama menerajui Bank menerusi pengalaman yang dimiliki bagi meneruskan legasi kecemerlangannya sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close