Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata sudah sampai masanya untuk kerajaan melihat kepada kemampanan pengendali rangkaian 5G iaitu Digital Nasional Bhd (DNB) sebagai satu entiti perniagaan.
“Dalam keadaan tidak menentu ini, dengan kadar penembusan 5G yang terlalu rendah iaitu 7.4 peratus, kemudian komitmen kewangan yang begitu tinggi oleh kerajaan, adakah perlu untuk membuka perkhidmatan 5G kepada syarikat kedua sedangkan yang kita ada masa ini saya rasa mengambil masa begitu lama untuk menjadi entiti yang mampan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengemukakan soalan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
“Bagaimanapun, fokus 5G adalah perusahaan dan pada Khamis lalu, rangkaian tempatan persendirian 5G pertama dilancarkan di Malaysia, yang akan digunakan PETRONAS.
“Ini adalah satu perkara paling penting kerana kemampuan 5G akan dapat dimaksimumkan oleh syarikat perusahaan dan inilah yang menjadi pengimbangan kepada kemampanan itu,” katanya. – BH ONLINE