MalaysiaPilihan Editor

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz Meninggal Dunia

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Johor, malam tadi.

Difahamkan, Allahyarham yang berusia 80 tahun, meninggal dunia jam 9.50 malamakibat sakit buah pinggang, dan dijangka dikebumikan esok pagi.

Perkara itu disahkan oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat, menerusi Facebook miliknya, hari ini.

“Bekas Speaker DUN Johor, Tan Sri Mohamad Aziz baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

“Selepas pelantikan saya sebagai Speaker DUN Johor pada 2018, saya sempat ziarah Allahyarham di Sri Gading.

“Banyak nasihat berguna yang beliau berikan pada saya. Moga rohnya ditempatkan bersama orang yang soleh,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengesahkan pemergian Mohamad, dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Takziah kepada keluarga Tan Sri Mohamad Aziz, bekas Pengerusi Tetap UMNO yang juga bekas Ahli Parlimen Sri Gading yang telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman,” katanya.

Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Sri Gading meninggal dunia pada jam 9.50 malam akibat sakit buah pinggang.

Jenazah akan dimandikan di hospital sebelum dibawa ke rumah di Nong Chik, Johor Bahru.

Jenazah dijadualkan akan dikebumikan pada jam 9:30 pagi Jumaat.

Allahyarham memiliki pengalaman luas dalam bidang politik dan pernah berkhidmat selama 14 tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani bermula 1986 hingga 1999.

Beliau kemudian menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Sri Gading antara 1999 hingga 2013, selain pernah dilantik sebagai Speaker DUN Johor pada 2013.

Allahyarham juga berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan Johor apabila pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat negeri pada 1990 hingga 1995, serta Ketua Penerangan Tugas-Tugas Khas Kerajaan Negeri Johor pada 1995 hingga 1999.

Dalam politik, Allahyarham pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sri Gading dan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close