Duniaku TeknokratGovernansPilihan Editor

BNM Lantik Timbalan, Penolong Gabenor

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa Menteri Kewangan meluluskan pelantikan Marzunisham Omar sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Jun 2020.

Menteri Kewangan turut meluluskan pelantikan Dr Norhana Endut sebagai Penolong Gabenor di bank pusat itu.

Sebagai Timbalan Gabenor, Marzunisham akan memantau keseluruhan bidang pengurusan korporat Bank, termasuk mata wang dan kewangan, digital dan teknologi, modal insan dan perkhidmatan korporat.

Beliau juga akan menjadi Timbalan Gabenor BNM yang bertanggungjawab atas Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan.

Marzunisham memulakan kerjaya di BNM pada 1993 dan beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana serta Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi daripada University of Cambridge, United Kingdom (UK).

Sementara itu, Norhana akan bertanggungjawab ke atas Jabatan Ekonomi, Dasar Monetari, Pengurusan Data & Statistik serta Jabatan Antarabangsa.

Sebelum pelantikan ini, beliau berkhidmat di Jabatan Ekonomi dan Jabatan Dasar Monetari.

Norhana pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada Washington University, Amerika Syarikat (AS), serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Warwick, UK. – BERITA HARIAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close