Duniaku TeknokratPilihan Editor

CEO Louis Vuitton Kini Manusia Kedua Terkaya Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH Moet Hennessy – Louis Vuitton, Bernard Arnault - Foto fail Bloomberg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH Moet Hennessy – Louis Vuitton, Bernard Arnault – Foto fail Bloomberg

Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk kehilangan status manusia kedua terkaya di dunia kepada warganegara Perancis, Bernard Arnault, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH Moet Hennessy – Louis Vuitton.

Ini selepas saham Tesla jatuh 2.2 peratus, demikian menurut laporan Sputnik.

Menurut Bloomberg Billionaires Index, Musk, yang menduduki tempat teratas pada Mac lalu, kehilangan AS$3.16 bilion dalam tempoh sehari, menyebabkan kekayaannya susut 24 peratus kepada AS$160.6 bilion berbanding Januari.

Sebaliknya, kekayaan Arnault berkembang sebanyak AS$285 juta kepada AS$161.2 bilion.

Sementara itu, pengasas Amazon, Jeff Bezos mengekalkan kedudukan di tempat teratas, apabila kekayaannya melonjak sebanyak AS$2.41 bilion dalam masa sehari kepada AS$190 bilion.

Penurunan saham Tesla berlaku selepas Musk menghantar ciapan yang berkata bahawa syarikat itu tidak lagi menerima mata wang digital sebagai pembayaran.

Pada Isnin, harga Bitcoin menjunam lebih 10 peratus kepada kira-kira AS$42,200, susut lebih daripada satu pertiga paras tertinggi dalam sejarah April lalu.

Dikatakan bahawa ketidaktentuan itu berpunca daripada hantaran Musk di Twitter.

Ia bukan kali pertama tweet CEO Tesla itu mempengaruhi dagangan.

Pada 13 Mei lalu, harga Bitcoin menjunam selepas Musk mengumumkan dalam satu hantaran bahawa syarikat itu akan berhenti menerima mata wang kripto untuk menjual kereta, dengan memetik kebimbangan penggunaan bahan api fosil semasa melombong mata wang berkenaan. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close