MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: PM Muhyiddin Giat Bantu Jentera PN, GRS Di Hari Terakhir Kempen

Memasuki hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin giat turun padang bagi membantu memenangkan calon daripada Perikatan Nasional (PN) dan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menerusi status yang dimuat naik di Facebook, perdana menteri memaklumkan beliau memulakan kempen hari terakhir itu dengan menghadiri program Rapat Umum dan Semarak Perikatan Nasional yang diadakan di Dewan Pisompuruan, Tambunan.

Majlis rapat umum itu disertai oleh lapan calon membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjong; Sook; Tulid; Liawan; Bingkor; Paginatan; Moyog; dan Tambunan.

“Berdasarkan semangat dan kehadiran masyarakat setempat, saya yakin calon daripada PN dan gabungan GRS menepati kehendak pengundi dan mampu memenangi kerusi yang ditandingi,” katanya.

 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan ketika hujan lebat pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama pengundi Tamparuli Kampung Sungai Damit.
- foto BERNAMA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan ketika hujan lebat pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama pengundi Tamparuli Kampung Sungai Damit.
- foto BERNAMA

 

Selepas itu, Muhyiddin turut mengambil kesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Imam, Tambunan serta meluangkan masa bertanya khabar jemaah selain menurunkan tanda tangan pada buku pelawat sebelum bergerak ke beberapa lagi lokasi lain.

Beliau turut mendoakan semua calon PN dan calon dalam GRS akan dipilih oleh pengundi sebagai wakil bagi kawasan mereka pada hari pengundian hari ini.

Lebih sejuta rakyat Sabah akan keluar mengundi esok pada pilihan raya itu yang berlangsung dalam suasana pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada majlis ramah mesra di Kampung Sungai Damit, Tuaran. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada majlis ramah mesra di Kampung Sungai Damit, Tuaran. – Foto NSTP/Aswadi Alias

 

PRN Sabah ke-16 menyaksikan sejumlah 447 calon daripada 15 parti politik termasuk 56 calon Bebas bertanding bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam persaingan banyak penjuru dengan purata enam calon bagi setiap kawasan. – BERNAMA/NSTP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close