Dimensi BisnesPilihan Editor

HONOR Malaysia Lancar Dua Telefon Pintar Flagship Pada 6 April 2023!

HONOR Magic5 Pro kedudukan pertama dalam Paparan & Kamera Telefon Pintar DXOMARK

HONOR Malaysia bakal melancarkan dua telefon pintar flagship pada 6 April 2023, jam 2.30 petang.

Jangan lupa tandakan kalendar anda untuk menyaksikan pelancaran tersebut secara langsung di Facebook dan YouTube rasmi HONOR Malaysia. 

HONOR Magic5 Pro – Flagship serba boleh dengan penaiktarafan yang meyakinkan

HONOR Magic5 Pro mencapai kejayaan cemerlang dalam rekaan, paparan, fotografi dan prestasi, sekaligus menewaskan beberapa penanda aras industri untuk menghasilkan telefon pintar flagship terhebat dalam pasaran sekarang.

Siri HONOR Magic5 dimuatkan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan MagisOS 7.1 terkini bagi menghasilkan prestasi flagship yang tiada tandingan.

Gabungan tiga kamera utama yang dikenali sebagai Falcon Triple Main Camera dengan HONOR Image Engine dinaiktaraf yang dikuasakan oleh AI berjaya meletakkan HONOR Magic5 pada tempat pertama dalam Kedudukan Kamera Telefon Pintar DXOMARK.

Dengan menawarkan pengalaman fotografi luar biasa, HONOR Magic5 Pro mempertaruhkan Sistem Millisecond Falcon Capture serba baharu bagi membolehkan pengguna merakam pemandangan yang kompleks dengan mudah dan jelas.

Kamera ini turut megah dengan AI Motion Sensing Capture bagi merakam detik-detik terbaik setiap masa.

HONOR Magic5 Pro bukan sahaja berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai telefon pintar terkemuka, tetapi turut merangkul juara dalam Kedudukan Paparan Telefon Pintar DXOMARK, seterusnya meningkatkan lagi reputasinya dalam pasaran.

Menampilkan Paparan Terapung Kuad Lengkung LTPO 6.81 inci bersama Teknologi Novel Display Luminance Enhancement, HONOR Magic5 Pro menjanjikan pengalaman pemandangan mengasyikkan untuk melayari, gaming atau membaca. Bagi mengurangkan keletihan mata, HONOR Magic5 Pro dilengkapi Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia dan juga Pemalapan PWM (Pulse Width Modulation) 2160Hz, sesuai bagi individu yang menghabiskan masa menatap telefon pintar.

HONOR Magic Vs – Mencipta penanda aras baharu bagi telefon boleh lipat flagship

HONOR Magic Vs hadir dalam bentuk yang ringan dan nipis, sesuai dengan kehidupan seharian generasi kini yang sentiasa bergerak bebas.

Faktor menjadikan HONOR Magic Vs ringan adalah kerana ia dilengkapi dengan engsel tanpa gear ringan dan ditempa teliti dengan teknologi pemproses sekeping besi sahaja.

Dengan hanya empat komponen struktur sokongan digunakan dalam engsel dan bukannya 92, engsel tersebut kekal tahan lama dan teguh. Diperbuat daripada bahan gred aeroangkasa, engsel HONOR Magic Vs mampu menahan lebih 400,000 lipatan, bersamaan lebih 10 tahun penggunaan dengan 100 lipatan sehari, sekaligus mencipta penanda aras baharu dalam rekaan telefon boleh lipat.

Walaupun rekaan bersaiz kompak, HONOR Magic Vs memiliki paparan luar 6.45 inci yang mengasyikkan dan paparan dalaman 7.9 inci yang seakan tablet, memberi pengalaman pemandangan terbaik untuk tugasan kerja, bermain dan berhibur.

Bateri ultra besar 5000mAh membolehkan HONOR Magic Vs memberi kuasa kepada pengguna sepanjang hari, sementara sambungan port USB Type-C menawarkan pelbagai fungsi untuk mengecas, menghubungkan dengan set audio luaran serta memindahkan data dengan mudah.

Nantikan Pelancaran Dua Flagship HONOR Malaysia

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti pelancaran ini pada 6 April, jam 2.30 petang. Maklumat terkini Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs boleh didapati di  https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship.  – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close