GovernansMalaysiaPilihan Editor

DEWAN NEGARA: Ekonomi Negara Lebih Mampan Dalam RMK-12, Belanjawan 2022 – PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, optimis agenda pembangunan negara dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2022 mampu memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu disuarakan berdasarkan isyarat dan tanda pemulihan ekonomi selepas negara dilihat hampir berjaya dalam perjuangan memerangi impak pandemik COVID-19.

“Sesungguhnya krisis ini menyatukan kita semua dan memberi peluang untuk kita membuat perubahan secara inklusif.

“Walaupun ada pihak yang meragui terhadap pencapaian sasaran RMK-12, namun saya yakin dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat serta dengan semangat Keluarga Malaysia, matlamat ini dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RMK-12 di Dewan Negara, di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, walaupun negara dilihat hampir berjaya dalam perjuangan memerangi COVID-19, namun rakyat diingatkan supaya tidak leka dan alpa kerana wabak itu belum berakhir.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close