MalaysiaPilihan Editor

TUDM Sahkan Identiti Juruterbang Pesawat Terhempas

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan status dua juruterbang pesawat Hawk yang terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth, jam 10.07 malam tadi.

Juruterbang yang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) ketika nahas berlaku.

“Mejar Mohd Fareez cedera dan kini sedang diberikan rawatan di HSJ dan berada dalam keadaan selamat dan stabil.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua juruterbang sudah berkahwin.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” katanya.

Menurutnya, pihak TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci mengenai insiden berkenaan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close