Ekonomi Islam & Global

Harga Minyak Meningkat Menjelang Mesyuarat OPEC

Harga minyak meningkat pada Selasa apabila peserta pasaran bertaruh melanjutkan pengurangan pengeluaran oleh pengeluar minyak utama, lapor agensi berita Xinhua.

Penghantaran West Texas Intermediate untuk Julai menokok sebanyak US$1.37 kepada US$36.81 setong di New York Mercantile Exchange. Ia adalah penutup tertinggi untuk kontrak bulan depan sejak 6 Mac, menurut Dow Jones Market Data.

Penanda aras global minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos melonjak sebanyak US$1.25 kepada US$39.57 setong di London ICE Futures Exchange.

Harga itu didorong laporan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum termasuk Moscow (OPEC +), sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran sekarang menjelang akhir Jun, dalam mesyuarat dijangka diadakan pada Khamis.

OPEC + bersetuju pada April untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari pada Mei dan Jun ekoran pandemik COVID-19.

Pemotongan tersebut bermakna pengeluaran berkurangan kepada 7.7 juta tong sehari dari Julai hingga akhir 2020. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close