GovernansPilihan Editor

TEKUN Salur Pinjaman Mikro RM8.3 Bilion Sejak 1998

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pinjaman mikro sebanyak RM8.3 bilion sejak penubuhannya sehingga Mac tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), Saraswathy Kandasami, berkata pembiayaan itu memanfaatkan 752,177 usahawan melalui 170 cawangannya di seluruh negara.

“Kerajaan terus komited membantu usahawan negara memgembangkan perniagaan mereka, melalui Tekun bukan hanya pinjaman kewangan disediakan malah juga khidmat nasihat dan jaringan perniagaan,” katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Hari Usahawan Negeri Perak 2023@Jualan Ambang Aidilfitri Daerah Mualim di sini, hari ini.

Katanya, Tekun Nasional yang ditubuhkan pada 1998 menyediakan pembiayaan daripada RM1,000 sehingga RM200,000 kepada usahawan yang sedang mengembangkan perniagaan mereka.

Justeru, KUSKOP melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) antaranya menyediakan program-program bimbingan dan pembangunan kapasiti keusahawanan bagi meningkatkan hasil jualan produk mereka.

Malah, katanya bimbingan usahawan juga meliputi trend terkini perniagaan seperti pendigitalan, dropship, e-dagang, bekerja bebas dan perniagaan secara dalam talian.

“Secara mudahnya, khidmat bimbingan disediakan daripada asas perniagaan hinggalah kepada khidmat bimbingan pemasaran domestik dan pasaran ke luar negara,” katanya. – -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close