MalaysiaPilihan Editor

KETENGAH Lantik 200 Sukarelawan Bantu Daftar Vaksinasi

 

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melantik 200 sukarelawan bagi membantu penduduk di kawasan pedalaman mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19, sejak pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris, berkata sukarelawan daripada skuad KETENGAH Ambik Cakne itu membantu mendaftarkan penduduk melalui sistem MySejahtera atau secara manual.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, mereka mengunjungi setiap rumah penduduk terbabit, dengan dibayar elaun antara RM80 hingga RM100 sehari.

Hasil inisiatif itu, katanya, kira-kira 31,500 atau 45 peratus daripada 70,000 penduduk di kawasan pedalaman wilayah KETENGAH sudah berjaya didaftarkan sejak awal bulan ini.

Selain itu, beliau berkata, skuad sukarelawan berkenaan turut diminta membantu Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) untuk mengesan nama penduduk yang sudah mendaftar tetapi gagal menghadiri janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Hingga kini, hanya 10 peratus daripada 31,500 penduduk di kawasan pedalaman wilayah KETENGAH telah menerima suntikan dos pertama, namun tidak hadir mendapatkan suntikan dos kedua.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni tukang kasut tradisional yang terkesan susulan pelaksanaan PKP 3.0, di sekitar bandar raya Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Razali yang juga Ahli Dewan Negara, turut mengagihkan bantuan melalui peruntukan khas senator, sebanyak RM300 kepada setiap tukang kasut terbabit.

Mengulas lanjut, Razali berkata, pihaknya menyasarkan 80 peratus penduduk di kawasan pedalaman wilayah KETENGAH memperoleh suntikan vaksin COVID-19 menjelang Ogos depan.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close