GovernansMalaysiaPilihan Editor

Peruntukan RM 313 Juta Dalam Belanjawan 2023 Kepada PERKESO Bagi Pelaksanaan 5 Inisiatif Perlindungan Sosial Negara & 5 Inisiatif Program Pasaran Buruh Aktif

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 313 juta dalam Belanjawan 2023 kepada PERKESO bagi pelaksanaan lima inisiatif perlindungan sosial negara dan lima lagi inisiatif program pasaran buruh aktif,” kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Beliau berkata, hanya tinggal tujuh bulan lagi untuk merealisasikan kesemua inisiatif tersebut mengikut sasaran yang ditetapkan.

“Saya percaya seluruh warga PERKESO sedang giat melaksanakannya demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara.

“Dalam menjalankan inisiatif-inisiatif Kerajaan ini serta menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan, Malaysia MADANI perlu dijadikan panduan dan ikhtiar dalam dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.

“Sebagai nadi penggerak dasar Kerajaan, semua warga perkhidmatan awam dan agensi Kerajaan termasuk PERKESO perlu menerapkan prinsip MADANI dalam memacu urusan pentadbiran.

“Ini harus disokong oleh semangat kerjasama serta ketelusan dan integriti dalam tadbir urus. Saya harap PERKESO mempraktikkan saranan Perdana Menteri agar kakitangan sektor awam melonjakkan kecemerlangan atau ‘al-falah’ melalui pemantapan modal insan dengan kompetensi masa hadapan.

“Ini adalah untuk kemapanan organisasi agar lebih kukuh dan fleksibel, di mana pengurusan dan pembangunan sesebuah projek menjadi bertambah cekap, pantas serta berimpak tinggi.,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Khidmat Setia PERKESO 2022 untuk meraikan anggota-anggota PERKESO yang berprestasi tinggi.

Di malam yang gemilang dan penuh bermakna ini, hadir sama ialah Datuk Seri Subahan Kamal, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO.

Sivakumar berkata kesungguhan, komitmen dan gandingan sinergi antara pihak pengurusan dan seluruh warga kerja PERKESO saya sifatkan sebagai resepi kejayaan, khususnya dalam usaha merealisasikan tahun 2023 sebagai “Tahun Kebangkitan” sebagai mana tema Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Khidmat Setia PERKESO 2022 ini.

Penerima AKC dan AKS pada malam ini adalah produk pemantapan modal insan yang mana pengalaman dan kemahiran mereka dicurahkan untuk kemajuan organisasi serta kesinambungan kecemerlangan anggota PERKESO.Program anugerah ini juga merupakan satu platform untuk kementerian melahirkan warga kerja yang cemerlang dan berpotensi tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, khususnya golongan pekerja. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close