Dimensi Bisnes

KOSPET Perkenal Jam Tangan Pintar Ultra Lasak M3 Dan T3 Dengan Ketahanan Gred Tentera

KOSPET, peneraju global dalam inovasi jam tangan pintar lasak, secara rasminya memperkenalkan model jam tangan pintar KOSPET M3 Ultra dan KOSPET T3 Ultra dengan ketahanan gred tentera di Malaysia. 

Penambahan utama kepada siri KOSPET TANK terkenal KOSPET ini membawa rakyat Malaysia akses kepada barang boleh pakai terkini yang direka untuk menggabungkan ketahanan, fungsi termaju dan reka bentuk yang canggih.

 KOSPET M3 Ultra menyerlah dengan gabungan reka bentuk yang teguh dan teknologi canggih. Dilengkapi dengan paparan AMOLED 1.96 inci, jam tangan pintar ini mempunyai bezel keluli tahan karat dan skrin Corning® Gorilla® Glass untuk ketahanan dan rintangan yang dipertingkatkan. 

Direka bentuk untuk menahan persekitaran yang melampau, KOSPET M3 Ultra diperakui oleh tentera dengan piawaian MIL-STD-810H dan menawarkan rintangan air 5ATM dan IP69K. Model ini dilengkapkan lagi dengan bateri 480mAh yang memberikan penggunaan sehingga 15 hari, bersama GPS dwi-jalur dengan kedudukan enam satelit untuk navigasi yang tepat, menjadikannya pilihan ideal untuk pengembara dan peminat kecergasan.

 Begitu juga, KOSPET T3 Ultra mempamerkan pelbagai ciri menarikyang disesuaikan untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif.

Dengan paparan AMOLED 1.43-inci dan bezel logam penuh, jam tangan pintar itu memancarkan kecanggihan sambil menawarkan kebolehpercayaan yang lasak. KOSPET T3 Ultra menawarkan keupayaan pengesanan kesihatan dan kecergasan yang canggih, termasuk lebih 170 mod sukan dan pengiktirafan pintar enam pergerakan sukan utama. 

Perenang akan mendapat manfaat terutamanya daripada fungsi penjejakan SWOLFnya. Dilengkapi dengan bateri 500mAh yang berkuasa dan GPS dwi-jalur, KOSPET T3 Ultra memastikan pengalaman pengguna yang lancar dan boleh dipercayai, sama ada untuk pengembaraan luar atau aktiviti harian.

 Young Zhang, Pengarah Jualan Asia Tenggara KOSPET, Young Zhang berkata pihaknya sangat teruja untuk memperkenalkan KOSPET M3 Ultra dan KOSPET T3 Ultra ke pasaran Malaysia. 

“Model-model inimewakili dedikasi KOSPET untuk menggabungkan ketahanan, inovasi dan reka bentuk moden, memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang.

“Dengan harga promosi istimewa, kami yakin lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat merasai kecemerlangan teknologi KOSPET dan membawa matlamat kecergasan dan gaya hidup mereka ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

 Dengan kemasukannya ke Malaysia, KOSPET menyasarkan untuk menetapkan penanda aras baharu dalam industri teknologi boleh pakai, menyediakan jam tangan pintar lasak yang menggabungkan fungsi dan gaya. 

Diskaun promosi masa terhad sehingga 50 peratus pada KOSPET M3 Ultra dan KOSPET T3 Ultra dijangka menarik minat yang ketara, mengukuhkan kedudukan KOSPET sebagai peneraju dalam pasaran. Pelanggan boleh menemui model ini di peruncit sah dan platform dalam talian.

 Mulai sekarang hingga 31 Disember 2024, KOSPET akan tersedia semasa tempoh promosi eksklusif dengan diskaun sehingga 50 peratus (harga jualan biasa dari RM600-RM750) dan baucar tunai RM300, di Shopee. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close