Ekonomi Islam & GlobalGovernansPilihan Editor

LAWATAN KREMLIN: PM Pelawa Syarikat Penerbangan Russia, Aeroflot Sambung Semula Penerbangan Terus Ke Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Russia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

“Kita mengambil pendirian sebagai negara yang tidak memihak, dan melaksanakan peranan pusat dalam ASEAN, bagi membolehkan kita menentukan sendiri perkara yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya,” kata beliau pada sidang media bersama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow, Rusisa, hari ini.

Aeroflot, beroperasi selama lebih 100 tahun dan menjadi antara jenama Russia yang paling terkemuka, ialah syarikat penerbangan terbesar Russia, yang meliputi syarikat penerbangan Rossiya dan Pobeda.

Aeroflot Group ialah peneraju penerbangan komersial Russia yang tidak dapat dipertikaikan.

Aeroflot sentiasa mengembangkan rangkaian laluan domestiknya, termasuk penerbangan antara wilayah negara itu tanpa melalui Moscow, membangunkan program pengangkutan berorientasi sosial dan melaksanakan program tambang sama ratanya sendiri bagi penerbangan ke bandar-bandar di Timur Jauh dan Kaliningrad. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close