MalaysiaPilihan Editor

Persidangan Perwakilan UMNO Pentas Perkukuh Perjuangan Parti – Naib Presiden, Johari Ghani

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian di seluruh negara harus dijadikan medan penting untuk menyuarakan pandangan, menilai pencapaian, memperkukuh semangat serta menetapkan hala tuju perjuangan parti yang lebih mantap.

Beliau berkata, mesyuarat tahunan ini bukan sekadar acara rutin, tetapi wadah strategik untuk ahli-ahli menilai keberkesanan gerak kerja, memperbaharui tekad, dan membina semula kekuatan parti dalam menghadapi cabaran politik semasa.


“Mesyuarat perwakilan bahagian adalah tempat kita menyuarakan pandangan, menilai pencapaian, memperkukuh semangat, dan menetapkan pergerakan yang lebih mantap dalam perjuangan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya berkaitan hal terbabit.

Johari turut menyeru agar ruang ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina kesepakatan dan menyalakan semangat perjuangan yang ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air.

“Dalam suasana politik yang semakin dinamik, hanya dengan kesatuan fikrah dan ketulusan tekad, kita mampu bangkit sebagai parti yang kukuh dan diyakini rakyat,” tambah beliau.

Beliau juga menyeru agar semangat “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat” terus menjadi tonggak kepada setiap perwakilan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Terdahulu persidangan UMNO peringkat Cawangan telah berlangsung pada 7 April hingga 25 Mei lalu dan kini Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dijadualkan pada 9 Jun hingga 27 Julai 2025.

Menyusul seterusnya, Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan dari 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025. – UMNO Online

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close