Duniaku Teknokrat

MD/CEO UEM Sunrise Letak Jawatan Berkuat Kuasa 30 Okt

UEM Sunrise Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Anwar Syahrin Abdul Ajib yang akan berkuat kuasa pada 30 Oktober.

Pengerusinya, Datuk Noorazman Abd Aziz berkata Anwar melepaskan keahliannya dalam pembangunan Lembaga Pengarah; tadbir urus dan risiko; serta jawatankuasa tender berkuat kuasa 19 Okt, 2020.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas kepimpinan dan sumbangannya selama enam tahun ini. UEM Sunrise telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri dengan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia, Australia dan Afrika Selatan.

“Kami mendoakan kejayaan beliau dalam segala usahanya pada masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini, menyatakan Lembaga Pengarah telah memulakan proses formal untuk mengenal pasti calon jawatan MD dan CEO.

Noorazman berkata sebuah Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah telah dibentuk untuk memberikan penyeliaan secara am dan tadbir urus semasa tempoh peralihan.

Beliau berkata Lembaga Pengarah mempunyai kepercayaan penuh terhadap pasukan pengurusan dalam menguruskan operasi harian syarikat, selain memastikan tiada gangguan terhadap kecemerlangan produk dan perkhidmatan UEM Sunrise.

Pada 9 Okt, UEM Sunrise mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Anwar Syahrin telah memberikan notis peletakan jawatannya untuk meneruskan peluang kerjaya lain. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close