MalaysiaPilihan Editor

Melakar Realiti Norma Baharu Pemimpin Muda – Kata Presiden & Pengasas Universiti Limkokwing

Dalam era globalisasi hari ini, isu memperkasa golongan muda untuk memainkan peranan aktif dalam mendepani pelbagai isu-isu global dalam pembudayaan dan pendidikan amalan norma baharu perlu menjadi keutamaan di negara ini.

Presiden dan Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing berkata, perkara itu penting ekoran penularan pandemik Covid-19 yang menyebabkan golongan muda yang tiada pilihan selain berusaha mengadaptasi menyesuaikan diri berdepan suasana kebiasaan norma baharu.

Katanya, pemimpin muda atau golongan ini berdepan dengan keadaan yang memberi kesan dan implikasi selain menjarak dan menjauhkan kehidupan masyarakat daripada aspek fizikal dan mantel sehingga menjadi punca kepada kemaslahatan dalam membina jati diri untuk menyumbang dalam pembangunan negara.

“Saya melihat kesemua sektor pekerjaan di seluruh dunia termasuk Malaysia terkesan dengan pandemik Covid-19 malah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberi bayangan lebih ramai akan hilang pekerjaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Hilang punca pendapatan terutama dalam situasi kini bukan perkara kecil dan boleh mengakibatkan tekanan, gangguan emosi serta kemurungan.

“Dalam perkara ini, pemimpin dan golongan muda ini perlu dibimbing kembali dalam soal pembangunan jati diri.

“Golongan ini perlu dibimbing semula untuk menjuarai isu berkaitan pengurusan dan kepimpinan.

“Untuk itu, kerajaan disarankan mengambil pendekatan lebih sistematik dengan mengatur program dan dilaksanakan untuk golongan muda sebelum ini.

“Ia kemudian disesuaikan dengan prosedur operasi standard (SOP) dan pendekatan berbeza bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan bersama terpelihara,”katanya dalam satu kenyataan.

MEMACU NILAI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kok Wing berkata, kecemerlangan negara pada masa depan juga terletak pada aset utamanya iaitu modal insan iaitu pemimpin muda yang berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran.

“Modal insan Malaysia perlu diperkukuhkan dalam melahirkan pemimpin muda yang baik dan boleh berfikir dan bertindak secara bijak dengan dalam pembudyaan norma baharu agar ia terus relevan, berjaya mencipta kelainan, mewujud dan menambah nilai.

“Ini akan membolehkan pemimpin muda negara kembali meletakkan misi dan matlamat untuk menguruskan perubahan persekitaran yang produktif dalam memacu penciptaan nilai dan pembangunan modal insan selepas negara ini bebas daripada wabak Covid-19,”jelasnya.

PERUBAHAN SEIRING DALAM PERSEKITARAN EKONOMI GLOBAL

Dalam pada itu, Kok Wing berkata, sektor pendidikan negara perlu melakukan perubahan seiring transformasi era digital dalam mengekalkan persekitaran berdaya saing semula dalam ekonomi global.

“Dalam mewujudkan nilai tambah, keupayaan untuk mempunyai minda yang suka bereksperimen, iaitu minda yang suka menyiasat atau mempunyai sikap ingin tahu dan mencari alternatif.

“Minda yang sebegini adalah dijanakan ke arah mencapai misi golongan muda yang mahukan perubahan.

“Pemikiran inovatif dapat membantu dalam menerokai cara baharu bagi memenuhi kehendak pelanggan.

“Berfikiran Tinggi Pemikiran yang tinggi juga adalah salah satu keperluan dalam perkhidmatan awam yang ingin melakukan sesuatu perubahan.

“Pemimpin muda melaksanakan tindakan atau mekanisme yang terbaik bagi menjanakan penyampaian perkhidmatan.

“Pemikiran yang kreatif hendaklah dilengkapi dengan keupayaan menterjemahkan sesuatu wawasan kepada tindakan,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close