MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: “Ada Sahaja Di Mana-mana” Itulah Ustaz Nizar Di Parit

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Ada sahaja di mana-mana…

Deme sekejap di masjid, nanti ada di pasar pagi, kedai runcit, nanti pula ngopi di warung pula….sebelah tengah hari pula dengan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO), susul selepas itu bermain bola sepak, tak pun takraw di sebelah petang…

Nanti singgah ke kebun sekejap…

Sebelah malam kat surau pula, kekadang berjubah langsung main badminton pula…

Entah bila tidurnya…. melayan dan bermain rebana takpun gendang bersama anak-anak muda kampung…

Ini semua waktu sebelum pilihan raya umum pun, tidaklah semata-mata sibuk, buat-buat sibuk waktu pilihan raya baru nak muncul !

Tetapi tidak kepada calon dan penyandang Barisan Nasional (BN) kerusi Parit, itulah Ustaz Nizar atau Datuk Mohd Nizar Zakaria yang sentiasa bersama rakyat tidak kira di mana sahaja pun.

“Awok (saya) ni senang betul berhubung dengan Ustaz (Nizar) sebab deme itu ada di mana-mana sahaja.

“Senang nak sapa (tegur) atau mengadu…deme (Ustaz Nizar) mendengarnya,” kata Pak Salleh, seorang penduduk di Kampung Selat Layang Kiri.

Makcik Siah, yang berniaga sayur kampung di pasar pagi pekan Bota juga senang hati dengan Tok Nizar sebabnya “YB” sentiasa senyum dan suka bergurau senda.

“Selalu bertanya khabar dan mendengar masalah yang awok (saya) nak cakap ini,” katanya lagi.

Anak muda, Imran Salleh dari Lambor Kanan berkata, Ustaz Nizar ini sangat sempoi, boleh bergurau senda dan selalu melayan main bola, kekadang main takraw dan badminton.

“All rounders…lah bersukan itu. Dia pun ahli sukan sejak dari sekolah rendah lagi seperti yang dikhaborkan orang-orang tua di sini,” kata Imran yang gembira mempunyai seorang pemimpin tempatan yang disenangi di kawasan Parit ini.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Mohd Nizar terus menyantuni masyarakat Parit termasuk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja dan Bota.

Bertemu rakyat, sembang santai dan program masyarakat terus dihadiri dan dirasmikan sebagai satu tanggungjawab yang diamanahkan sejak 2008 dan 2018 sebagai Ahli Parlimen Parit serta ADUN Belanja pada 2013.

Di samping itu, antara kelebihan Ustaz Nizar ialah bermain alat muzik tradisional seperti gendang, gong dan rebana. Kekadang dilayan main gendang dan rebana sampai jam 1 pagi atau 2 pagi.

“Saya suka bertemu masyarakat kerana ia satu dakwah.

“Setiap perkara yang kita buat dan menunaikan hasrat rakyat itu, satu dakwah dan perjuangan yang berterusan.

“Diri saya ini umpama “diwakafkan” untuk rakyat demi kemakmuran bersama,” kata Mohd Nizar.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close