Duniaku Teknokrat

Mohamad Salim Fateh Din Dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi sesi 2025-2028 berkuat kuasa 2 Februari lalu.

Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun hingga 1 Februari 2028, menurut maklumat di laman web SPRM.

Pemakluman pelantikan itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam satu pertemuan dengan Mohamad Salim di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM Rasidah Abdul Karim.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close