MalaysiaPilihan Editor

No DAP !, No PKR !, Yes Kerajaan Perikatan Nasional, Yes Muafakat Nasional – Kata Presiden UMNO

Oleh wartawan BacalahMalaysia,my

 

Tanpa kerjasama PKR !

Tanpa kerjasama DAP !

Dokong Kerajaan Perikatan Nasional !

Perkasakan Muafakat Nasional !

Keputusan ini adalah hasil konsensus Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi dengan mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

Menerusi keputusan berkenaan, Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menegaskan bahawa perlu ada ditambah baik prinsip kerjasama (dalam kerajaan Perikatan Nasional) yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus.

Katanya, UMNO turut memastikan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional dapat terus direalisasikan.

Dalam perkembangan politik yang dinamik sekarang, mesyuarat malam tadi turut menjunjung kasih di atas keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri bagi maksud pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan. Bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.

UMNO mendokong sepenuhnya titah dan saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.

UMNO menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan juga parti-parti pembangkang.

UMNO mencadangkan supaya Kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close