Dimensi BisnesMalaysia

MUFG N0W (Net Zero World) Sarawak Buka Jalan Kerjasama Tenaga Boleh Diperbaharui Dan Pertumbuhan Mapan Di Asia

MUFG Bank (Malaysia) Berhad, anak syarikat Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc. (MUFG), berjaya menghimpunkan lebih daripada 100 pemimpin perniagaan, pembuat dasar, pakar industri dan rakan strategik ke persidangan MUFG N0W di Kuching, Sarawak.

MUFG N0W, atau Net Zero World, ialah platform utama bank ini bagi rangkaian serantau dan kepimpinan yang bertujuan menggerakkan maklum balas kolektif daripada sektor swasta dan awam terhadap cabaran serta peluang dalam pembangunan mapan Asia. Sesi tahun ini di Kuching adalah lanjutan daripada kejayaan persidangan MUFG N0W yang pertama di Malaysia pada Mac tahun lalu.

Dianjurkan bersama oleh pasukan kewangan ESG MUFG bagi rantau APAC dan anak syarikatnya di Malaysia, acara ini dihadiri oleh tetamu terhormat termasuk YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan YBhg. Datuk Sikh Shamsul Ibrahim bin Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pemimpin industri dalam sektor tenaga lestari, kewangan dan teknologi turut hadir bagi membincangkan aspek pemerkasaan tenaga hijau serta strategi nyahkarbonisasi masa depan.

Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz, menerusi ucapan ucaptamanya menekankan peranan utama agensi itu dalam menyokong Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 serta komitmennya untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050:“Dengan kerjasama rakan antarabangsa termasuk Jepun, SEDC menerajui inisiatif inovasi hidrogen hijau, sekali gus meletakkan Sarawak sebagai peneraju dalam tenaga mapan.

“SEDC komited dalam penggunaan teknologi canggih dan membina kerjasama global bagi memastikan Sarawak terus menjadi pemimpin dalam tenaga bersih dan kelestarian,” tambah beliau.

Manakala, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim bin Sikh Abdul Majid dalam ucapannya, pula berkata: “Transformasi hijau Malaysia bukan sekadar aspirasi—ia adalah satu keperluan.

“Melalui pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua pihak berkepentingan, kerjasama strategik dengan MUFG serta komitmen organisasi seperti SEDC Sarawak dan Sarawak Energy, kita sedang membina masa depan yang mapan dengan menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar, sambil menangani dilema tenaga—kecekapan kos, keselamatan tenaga dan kelestarian alam.

“MIDA komited untuk membantu dan bersedia untuk memberikan sokongan kepada anda, dari peringkat konseptualisasi projek hingga pelaksanaan. Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk meneroka bagaimana kami boleh memudahkan perjalanan pelaburan hijau anda di Malaysia,” tambah beliau.

Dengan kehadiran yang kukuh di Malaysia selama hampir 70 tahun, MUFG secara aktif bekerjasama dengan pelanggan korporat bagi memahami aspirasi kelestarian mereka serta membangunkan transaksi seperti pembiayaan hijau, pinjaman berkaitan kelestarian dan perdagangan hijau.

MUFG Malaysia juga telah dinobatkan sebagai Best Sustainable Bank (International)  oleh FinanceAsia untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2023 dan 2024.

Komitmen MUFG terhadap agenda pertumbuhan Sarawak juga dapat dilihat melalui penyertaannya dalam persidangan bajet negeri Sarawak pada Disember lalu—persidangan bajet negeri pertama di Malaysia yang merangka inisiatif dan dasar pertumbuhan strategik terbaru Sarawak. MUFG turut memainkan peranan dalam memudahkan perbincangan berkenaan perkongsian awam-swasta bagi membuka peluang hijau di negeri itu.

Minggu lalu, bank ini juga telah menandatangani MoU dengan AFFIN Bank, yang sebahagian besarnya dimiliki oleh Sarawak, bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk hubungan perniagaan Malaysia-Jepun dan transformasi hijau.

Motohide Okuda, Ketua Pegawai Eksekutif MUFG Malaysia dan Ketua Negara bagi Malaysia berkata: “Sokongan MUFG terhadap aspirasi pertumbuhan Sarawak sejajar dengan komitmen kami yang lebih luas terhadap Malaysia.

“Kami berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran dalam pembiayaan ESG serta rangkaian serantau bagi memperkukuh kerjasama yang dapat menyokong matlamat Sarawak dalam pembangunan mampan dan inovasi hijau.

“Persidangan MUFG N0W kali ini membuktikan keupayaan kami dalam menghubungkan teknologi terbaik dari Jepun dengan kekayaan sumber tenaga hijau di Malaysia bagi  membuka peluang pertumbuhan baharu yang lebih menarik.

“Kami bergerak seiring dengan Visi Kelestarian Sarawak 2030 dan akan terus memudahkan perkongsian awam-swasta untuk mencipta masa depan yang lebih inklusif dan cerah bagi Jepun, Malaysia dan Asia.” – BACALAHMALAYSIA.MY

 

###### Mengenai MUFG #######

Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc. (MUFG) ialah satu daripada kumpulan kewangan terkemuka dunia. Berpangkalan di Tokyo dan memiliki sejarah lebih 360 tahun, MUFG mempunyai rangkaian global di sekitar 2,000 lokasi dalam lebih 40 pasaran. Kumpulan ini memiliki kira-kira 140,000 pekerja dan menawarkan perkhidmatan termasuk perbankan komersial, perbankan amanah, sekuriti, kad kredit, kewangan pengguna, pengurusan aset dan pajakan.

MUFG berhasrat untuk “muncul sebagai kumpulan kewangan paling dipercayai di dunia” melalui kerjasama erat di antara syarikat operasi kami dan bertindak balas secara fleksibel kepada semua keperluan kewangan pelanggan, berkhidmat kepada masyarakat dan memupuk pertumbuhan yang dikongsi dan mampan untuk dunia yang lebih baik. Saham MUFG disenarai di bursa saham Tokyo, Nagoya dan New York.

MUFG Bank, Ltd. ialah bank utama Jepun, dengan rangkaian global yang merangkumi lebih daripada 40 pasaran. Di luar Jepun, bank itu menawarkan skop produk dan perkhidmatan perbankan komersial dan pelaburan yang luas kepada perniagaan, kerajaan dan individu di seluruh dunia.

Di Asia Pasifik, MUFG bertapak di seluruh Australia, Bangladesh, Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, India, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Kumpulan ini juga berjaya membentuk perkongsian strategik dengan beberapa bank terkemuka di Asia Tenggara dan menambah lagi rangkaiannya menerusi kerjasama dengan VietinBank di Vietnam, Krungsri di Thailand, Security Bank di Filipina dan Bank Danamon di Indonesia.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close