Duniaku Teknokrat

Pakar Telekomunikasi, Patrick Forth Dilantik Jadi Pengarah CelcomDigi

Axiata Group Bhd (Axiata) mengumumkan pelantikan Patrick Forth sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Axiata dalam kenyataan hari ini, Forth, seorang pemimpin perniagaan yang dihormati dan penasihat strategik, membawa kepakaran luas dalam gangguan digital, transformasi berasaskan AI dan sektor telekomunikasi.

Ia berkata, beliau merupakan penasihat kanan di Boston Consulting Group (BCG) dan sebelum ini adalah ahli pasukan kepimpinan global BCG yang mengetuai amalan teknologi, media dan telekomunikasi (TMT).

“Forth telah memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat utama dalam sektor TMT serta syarikat teknologi yang berkembang pesat mengenai kepemimpinan, strategi, teknologi disruptif, kecerdasan buatan (AI), transformasi digital, kecemerlangan operasi, dan pertumbuhan pasaran di negara maju dan sedang membangun. Ini termasuk syarikat telekomunikasi terkemuka di peringkat global dan serantau.

“Perspektif global dan kepemimpinan beliau akan menjadi aset penting dalam mengemudi Axiata ke arah kejayaan berterusan sebagai kumpulan kesalinghubungan bersepadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kepakaran industri yang mendalam yang dimilikinya akan mengukuhkan lagi Lembaga Pengarah serta memperkukuh komitmen kami terhadap penciptaan nilai, kecemerlangan operasi, dan memastikan Axiata kekal relevan dalam landskap digital yang sentiasa berubah. Kami amat berbesar hati mengalu-alukan beliau ke Lembaga Pengarah dan menantikan sumbangan berharga beliau,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Axiata, Vivek Sood, berkata: “Pemahaman mendalam Forth mengenai teknologi, inovasi dan operasi akan menjadi pemacu utama dalam peralihan strategik kami ke arah kesalinghubungan bersepadu dan transformasi Telco-to-TechCo.

“Wawasan beliau mengenai model perniagaan berasaskan AI dan teknologi disruptif, digabungkan dengan pemahamannya terhadap industri telekomunikasi, akan memperkukuh lagi kepimpinan di pasaran utama kami,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close