Kerajaan Britain mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di dalam kedai dan pasar raya di England, bermula minggu depan.
“Perdana Menteri telah jelas bahawa orang ramai harus memakai pelitup muka ketika berada di dalam kedai, dan kita akan menjadikannya mandatori mulai 24 Julai ini.
Orang ramai telah diwajibkan memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam di England sejak 15 Jun lalu.
Downing Street memaklumkan, Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, akan memperluaskan peraturan itu untuk meliputi kedai dan pasar raya secara rasmi, hari ini.
Mereka yang gagal mematuhi kewajipan memakai pelitup muka itu akan didenda hingga £100 (AS$123), dengan penguatkuasaan dilaksanakan oleh pihak polis.
Britain yang muncul antara negara paling terkesan dengan pandemik COVID-19, mencatatkan hampir 45,000 kematian, setakat ini. – AFP