Governans

PARLIMEN: Kerajaan Belanjakan RM38b Dalam Pakej Tambahan COVID-19

Sejumlah RM38 bilion daripada RM45 bilion sudah dibelanjakan bagi semua 31 inisiatif yang disenarai di bawah Akta Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) 2019.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan mahu menambah RM20 bilion dalam Rang Undang-undang Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) 2020, sekali gus menjadikan inisiatif itu meningkat kepada RM65 bilion sebagai suntikan fiskal langsung.

Pada masa sama, katanya, jumlah itu adalah suntikan fiskal langsung selain pakej rangsangan bernilai RM305 bilion dan RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021.

“Masih ada pelbagai inisiatif di bawah pakej rangsangan yang diumumkan,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close