Malaysia

PARLIMEN: Pindaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024bagi meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang memaklumkan bahawa bacaan kedua akan dibuat pada mesyuarat kali ini.

Ia bagi meminda Seksyen 2 Akta 732 dalam takrif ‘kontrak perkhidmatan’ selaras dengan takrif ‘kontrak perkhidmatan’ dalam Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

Pindaan yang dicadang akan meluaskan skop ‘kontrak perkhidmatan’ dan kesannya, peruntukan yang berkaitan dengan gaji minimum di bawah Akta 732 akan turut terpakai bagi pekerja di bawah kontrak perantisan. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close