GovernansPilihan Editor

Pembukaan Sektor Ekonomi Selamatkan Empat Juta Pekerja

Pembukaan beberapa lagi sektor ekonomi dapat membantu usahawan meneruskan kelangsungan operasi dalam tempoh yang sukar ini, sekali gus menyelamatkan empat juta pekerja tempatan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia adalah langkah yang tepat bagi membantu usahawan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membuka kembali perniagaan secara berperingkat.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu tidak dapat dimulakan sekarang, kesannya terhadap pengusaha perniagaan dan pekerja akan semakin parah.

“Kerajaan telah membuat penelitian dan pertimbangan sewajarnya bagi membolehkan sektor ekonomi beroperasi seperti sedia kala.

“Nasib rakyat, terutama PMKS yang kehilangan sumber pendapatan adalah intipati penting yang diambil kira sebelum keputusan ini dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, MEDAC sentiasa peka dengan masalah dan cabaran dihadapi oleh usahawan dalam sektor tidak penting, yang mewakili hampir 90 peratus daripada sektor PMKS negara.

“PMKS yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mereka, mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi membuktikan individu berkenaan telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close