MalaysiaPilihan Editor

Perdana Menteri Antara Paling Ramai Mengunjungi Reruai NADI Di PMR 2025 Perak

Lebih 220,000 rakyat hadir ke Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak di Lumut, termasuk paling istimewa reruai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus menjadi pilihan simggahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak kecuali mengiringi Perdana Menteri ialah  Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa telah meluangkan masa mengunjungi reruai NADI.

PMR 2025 Perak kali ini menampilkan 40 reruai, 230 perkhidmatan, jualan MADANI, karnival kerjaya dan program satelit.

Bagi edisi kali ini, NADI mengetengahkan pelbagai program di bawah teras Perkhidmatan Pintar, pembelajaran sepanjang hayat, selari dengan tema PMR Perak. Antara tarikan utama ialah pengalaman teknologi realiti maya (VR) yang merangkumi lawatan interaktif ke Pusat NADI, simulasi penyelenggaraan penyaman udara serta eksplorasi anatomi manusia secara maya.

Reruai NADI di Lumut turut menampilkan aktiviti menarik, antaranya ialah pendaftaran ahli NADI, saringan kesihatan dan konsultasi doktor, pameran produk usahawan NADI. Setiap aktiviti dan pameran di reruai ini dirangka untuk memperkenalkan peranan serta fungsi NADI dengan lebih dekat dan interaktif kepada komuniti setempat.

Ketika tinjauan, orang ramai begitu teruja hadir ke reruai NADI termasuk merasai sendiri gabungan teknologi, kesihatan dan keusahawanan kontemporari. Malahan singgahan bersama keluarga dan rakan-rakan serta merebut peluang menyertai aktiviti menarik dan membawa pulang hadiah istimewa sangat dirasai di reruai NADI ini.

Menteri Komunikasi juga berpandangan kunjungan rakyat di PMR 2025 di Lumut Waterfront – lokasi ketiga penganjuran tahun ini telah menyerlahkan perpaduan rakyat yang semakin utuh.

“Saya sempat juga singgah ke Kenduri Rakyat bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang merupakan satu inisiatif mesra rakyat anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan rakan strategik.

“Perpaduan rakyat amat terserlah,” kata Fahmi.

Menerusi penglibatan Kementerian Komunikasi kali ini, pelbagai pengisian interaktif dibawakan seperti DJ Corner, karikatur digital, temu mesra artis, tayangan treler filem tempatan, selain reruai NADI, advokasi Kempen Internet Selamat dan pusat media untuk kegunaan pengamal media. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close