GovernansMalaysiaPilihan Editor

PARLIMEN: Seorang Ahli Dewan Negara Mempersoalkan Kepada Kementerian Kewangan Sejauh Mana Negara Punya Kekuatan Kalis Ekonomi & Kalis Krisis

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Seorang Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris membangkitkan persoalan kepada Kementerian Kewangan, sejauh manakah negara mempunyai kekuatan KALIS EKONOMI dan KALIS KRISIS ?

Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia turut bertanyakan soal penebat-penebat bagi KALIS EKONOMI ini.

“Adakah menerusi peruntukan tambahan di bawah rang undang-undang ini (Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020) mampu mengekalkan momentum dan daya tahan rakyat KELUARGA MALAYSIA untuk bertahan ?

“Namun saya juga melahirkan kebimbangan dan sangat khuatir kerana dunia dan Malaysia belum selamat lagi.

“Pandemik COVID-19 masih ada walaupun ada negara-negara sudah mengesahkan bahawa negara mereka berada dalam endemik,” kata Razali sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 di Dewan Negara, pagi tadi (25 Oktober 2021). 

Di bawah Fasal 2 rang undang-undang ini iaitu bagi memperoleh kelulusan untuk meningkatkan had siling perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19) daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion adalah sangat diperlukan dan disokong.

Malahan di bawah Fasal yang sama, langkah untuk menaikkan had statutori hutang semasa daripada 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada 65 peratus adalah satu langkah yang realistik dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi terus mapan.

Razali berkata, penambahan perbelanjaan wang negara ini sangat dialu-alukan sebagai mengekalkan keupayaan dan kestabilan bantuan terutama dalam konteks Keluarga Malaysia, termasuklah yang khususnya B40 dan M40 yang terjejas teruk, golongan peniaga serta mengukuhkan sistem kesihatan awam.

“Inilah yang perlu kita terus berdoa tanpa henti-henti supaya negara terus bebas dan kembali kukuh dan pulih semula.

“Namun saya juga melahirkan kebimbangan dan sangat khuatir kerana dunia dan Malaysia belum selamat lagi.

“Pandemik COVID-19 masih ada walaupun ada negara-negara sudah mengesahkan bahawa negara mereka berada dalam endemik,” ujar beliau lagi.

Malaysia tidak lama lagi akan berada dalam keadaan endemik, tetapi ada petanda-petanda kes harian mula naik, kemasukan di hospital ada kenaikan, kluster-kluster baharu terutama di tempat kerja serta dalam kalangan kanak-kanak dikesan ada kenaikan akibat kelonggaran-kelonggaran yang diputuskan oleh Kerajaan.

Dalam hal ini, menurut Razali, langkah Kerajaan adalah satu keberanian, tetapi pada waktu sama, risiko itu adalah besar dan perlu berdepan sekali lagi andainya berlaku tsunami kenaikan COVID-19 ini.

“Kerajaan telah melaksanakan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion sejak berlakunya pandemik.

“Saya sering kali tertanya-tanya apakah langkah fiskal dan bukan fiskal ini benar-benar memanfaat lebih 20 juta rakyat, serta 2.4 juta perniagaan di negara ini ?

“Saya tidak menafikan peranan Kerajaan sejak dari Kerajaan Perikatan Nasional telah banyak membantu negara dalam pelbagai aspek, tetapi saya dan rakyat hendak memastikan apakah penebat-penebat bagi KALIS EKONOMI ini demi kelangsungan hidup.

“Yang saya lihat antara penebat yang dianggap berjaya ialah ekonomi gig, penggunaan teknologi internet yang telah menggerakkan ekonomi sepanjang berlaku krisis sehingga sekarang,” kata Razali. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close