Ekonomi Islam & Global

Pos Laju Teruskan Perkhidmatan Bagasi Jemaah Haji

Pos Malaysia Bhd melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) berbangga meneruskan kesinambungan perkhidmatan bagasi haji khusus untuk jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji di kota suci Makkah dan Madinah tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer, berkata seiring dengan ketibaan musim haji 2024, Pos Laju kekal bersedia untuk memelihara kesucian dan kepentingan ibadah ini bagi semua jemaah haji Malaysia.

“Pasukan kami yang berdedikasi di Makkah dan Madinah akan memastikan bahawa setiap barangan yang diamanahkan kepada kami, seperti al-Quran dan bagasi peribadi, diuruskan dengan sepenuh perhatian dan profesional mengikut standard piawaian yang tertinggi.

“Dengan rangkaian penghantaran jarak terakhir yang meyantuni lebih dari 11 juta alamat, kami menawarkan ketenangan fikiran kepada semua jemaah haji Malaysia bahawa barang-barang mereka akan selamat dihantar ke mana sahaja mereka berada di Malaysia.

“Kami menyasarkan kira-kira 250 tan bagasi dan barangan untuk dihantar tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sejak 1998, Pos Laju telah dilantik oleh TH sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga mereka ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.

Pos Laju menyediakan penyelesaian penghantaran yang komprehensif untuk bagasi dan kotak, sama ada ke Malaysia atau negara-negara ASEAN yang lain serta seluruh dunia.

Perkhidmatan ini boleh didapati di hotel-hotel yang ditetapkan dan perkhidmatan pengambilan percuma juga disediakan dari lokasi penginapan jemaah untuk keselesaan dan kepuasan jemaah haji.

Selain itu, Pos Laju menawarkan pengendalian khusus untuk penghantaran al-Quran ke Malaysia, termasuk penggunaan pelekat khas untuk membezakan kotak ini dari yang lain.

Kotak-kotak ini akan diurus dengan penuh berhati-hati, tidak diletakkan di lantai atau ditindih di bawah kotak-kotak yang lain, seterusnya mengukuhkan komitmen syarikat untuk memenuhi keperluan rohani pelanggan dengan penuh hormat dan teliti.

Pos Laju telah mengukuhkan jenamanya sebagai pilihan utama dalam kalangan jemaah haji untuk penghantaran al-Quran dengan prosesnya yang teliti.

Pos Laju bertekad untuk meningkatkan aksesibiliti perkhidmatannya dengan mengendalikan tujuh kaunter yang terletak di hotel-hotel yang ditetapkan di Makkah dan Madinah, dengan disokong oleh 30 kakitangan dari Malaysia.

Kaunter-kaunter ini terletak di Abraj Al-Janadriyah, Qasr Al-Janadriyah, Masat Al-Badaya, Zwar Al-Bit, Al-Fajer Al-Badya 2, dan Jawharat Al-Bit di Makkah serta Emmar Royal di Madinah di mana kakitangan Pos Laju yang berdedikasi akan bersedia untuk membantu dengan segala keperluan jemaah Haji.

Kaunter Pos Laju akan beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga 11 malam (waktu tempatan) dan jemaah akan memiliki pilihan untuk membeli kotak Pos Laju dalam saiz kecil, sederhana, dan besar untuk barang-barang yang akan dihantar ke rumah mereka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja.

Kaedah pembayaran yang tersedia adalah transaksi dalam riyal Saudi di kaunter di Makkah dan Madinah atau tunai ketika penghantaran (COD) setelah menerima penghantaran mereka di Malaysia. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close