Kedai RuncitPilihan Editor

Pos Malaysia Buka Kedai Serbaneka Pertama

Pos Malaysia Bhd membuka kedai serbaneka pertamanya, Pos Shop, yang menjadi sebahagian daripada perjalanan transformasi strategik syarikat.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kedai pusat sehenti (OSC) ini terletak di Pejabat Pos Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan berfungsi sebagai model untuk pembangunan masa hadapan di pejabat pos terpilih dalam negara, dengan matlamat untuk mencipta pengalaman yang lebih menarik sambil menawarkan kemudahan runcit di pejabat pos.

“Dengan memanfaatkan jangkauan dan titik sentuh Pos Malaysia di seluruh negara, kedai serbaneka ini menawarkan pelbagai pilihan minuman, pencuci mulut, makanan ringan dan produk penjagaan diri pada harga yang sangat kompetitif.

“Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 8 pagi hingga 8 petang,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close