Dimensi BisnesPilihan Editor

CIMB Naikkan BR, BLR/BFR Pada 18 Mei

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan Kadar Asas (BR) dan deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei ini.

Kumpulan perbankan itu dalam kenyataannya berkata, ia sejajar dengan kenaikan 25 mata asas Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.

“Begitu juga, semua kemudahan pembiayaan mengikut Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus.

“Semua perubahan kadar ini akan berkuat kuasa pada 18 Mei 2022,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close