Ekonomi Islam & Global

Prospek Ekonomi Global Lebih Baik Berbanding Jun – IMF

Prospek ekonomi global ketika ini adalah lebih baik berbanding Jun lalu, kata seorang jurucakap Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), semalam.

Kenyataan itu sekali gus memberi isyarat bahawa ramalan organisasi berkenaan akan dinaikkan apabila ia dikeluarkan, bulan depan.

“Data diperoleh baru-baru ini mencadangkan prospek yang mungkin kurang mengerikan berbanding kemas kini (Prospek Ekonomi Dunia) pada 24 Jun lalu, dengan sebahagian daripada ekonomi global mulai berubah,” kata jurucakap IMF, Gerry Rice.

Namun, beliau menegaskan, prospek itu tetap amat mencabar dengan pasaran baru muncul selain China, berdepan keadaan ‘tidak menentu’ berikutan pandemik COVID-19.

Penularan wabak itu di seluruh dunia menyebabkan pakar ekonomi terpaksa sentiasa menyemak ramalan mereka.

Jun lalu, IMF mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia akan jatuh sebanyak 4.9 peratus dengan virus berkenaan menjejaskan hingga $12 trilion dalam tempoh dua tahun.

IMF dijadualkan mengemas kini prospek global pada 13 Oktober depan. – AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close