Pilihan EditorTwo Cents

SATU PANDANGAN: Laksana Dasar Inklusif – Sedia Laluan Alternatif Elak Keciciran Pelajar Lepasan SPM

Oleh Ivy Wan

Sedia Laluan Alternatif Elak Keciciran Pelajar Lepasan SPM Majoriti pelajar lepasan SPM masih keliru dengan hala tuju mereka selepas tamat peperiksaan.

Tidak dinafikan segelintir daripadanya memilih untuk tidak menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Isu ini begitu membimbangkan kerana kadar pengangguran di Malaysia terus mencatatkan kenaikan. Meskipun pendidikan tinggi menyediakan kemahiran dan ilmu pengetahuan bernilai kepada pelajar, namun ia tidak menjadi pilihan utama untuk semua individu.

Golongan yang memilih untuk tidak menyambung pengajian selepas tamat SPM perlu dibantu menerusi laluan alternatif bagi mencari pekerjaan yang menjamin masa depan mereka.

Satu penyelesaian untuk semua?

Masalah keciciran pelajar lepasan SPM ini dapat diatasi dengan penyediaan platform carian kerja dan program Latihan vokasional.

Modul latihan vokasional menyediakan kemahiran dan pengalaman kepada pelajar lepasan SPM sebagai persiapan untuk mereka berjaya dalam bidang tenaga kerja.

Ini kerana, kewujudan ruang platform ini dapat merapatkan jurang antara majikan dan pencari kerja khususnya golongan kolar biru yang kini mendapat permintaan pekerja yang tinggi.

Walaubagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa pengajian di peringkat lebih tinggi mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan bernilai untuk berjaya dalam bidang pekerjaan.

Menurut laporan Bank Dunia, individu berpendidikan tinggi lebih cenderung diambil bekerja dan meraih pendapatan tinggi berbanding individu yang mempunyai taraf pendidikan lebih rendah.

Dalam pada itu, terdapat segelintir pelajar lepasan SPM yang memilih ‘gap year’ sebelum melanjutkan pengajian.

Kebiasaannya perkara ini dilakukan bagi tujuan mendapatkan wang dan membuat simpanan untuk pengajian tinggi mereka.

Pada masa inilah mereka dapat meneroka dan memilih untuk bekerja dalam pelbagai industri untuk menimba pengalaman kerja dan menambah wang simpanan.

FastJobs Malaysia platform aplikasi mudah alih untuk pencari kerja dan majikan menyediakan peluang buat kedua-dua pihak mengintai potensi dan memilih laluan kerjaya yang bersesuaian.

Mana pilihan terbaik?

Kesimpulannya, keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi atau memasuki bidang pekerjaan sejurus tamat peperiksaan SPM adalah keputusan peribadi bergantung kepada seseorang individu dan matlamatnya.

Pembuat dasar perlu fokus dalam menyediakan akses kepada pelbagai pilihan dan sumber termasuk platform pencarian kerja, modul latihan vokasional dan peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pendekatan alternatif ini membuka laluan kepada FastJobs untuk turut sama membantu memastikan para pelajar lepasan SPM memiliki kemahiran dan peluang saksama untuk berjaya dalam bidang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Selangkah Kehadapan

Selaku Pengurus Besar FastJobs Malaysia, saya bangga untuk menyatakan bahawa platform kami memainkan peranan penting dalam menangani isu pengangguran pelajar lepasan SPM di Malaysia.

Platform pencarian kerja mesra pengguna ini merapatkan jurang antara pencari kerja dan majikan khususnya bagi golongan kolar biru yang mencatat permintaan pekerja yang tinggi di pasaran.

Kami percaya laluan alternatif yang berperanan meningkatkan pendapatan isi rumah ini akan membantu mengukuhkan kewangan untuk mereka menyambung pengajian dan meningkatkan kemahiran dan merebut peluang untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. – BACALAHMALAYSIA.MY

  • Penulis ialah Pengurus Besar FastJobs.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close