Malaysia

RAKYAT SABAH MEMILIH: Rakyat Sabah Mengundi PRN Pada 26 Sept 2020

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 26 Sept depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sabah, manakala penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 12 Sept depan dan tarikh pengundian awal adalah pada 22 Sept melibatkan lebih 1.12 juta pengundi.

SPR akan melihat kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini dan Slim, dalam merangka serta melaksana SOP pencegahan penyakit itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata SPR akan mengambil langkah-langkah pencegahan COVID-19 seperti dinasihatkan Kementerian Kesihatan, terutamanya dalam aspek penjarakan fizikal dan penggunaan cecair pensanitasi tangan yang dilaksanakan pada dua PRK itu.

Beliau berkata apa yang penting adalah kolaborasi SPR dan agensi terlibat terutama Kementerian Kesihatan untuk secara bersama merangka serta melaksanakan SOP itu, seterusnya memastikan pengundi PRN Sabah selamat daripada COVID-19.

“Selepas pengalaman kita di Chini dengan SOP COVID-19, kita masih dapat menjalankan pilihan raya dengan sempurna … dan di Chini kita dapat lebih daripada 70 peratus pengundi datang mengundi, yakni satu angka yang lebih kurang sama dengan PRU semasa tidak ada COVID-19.

“Maksudnya dengan SOP COVID-19 pun kita boleh mencapai bilangan (pengundi) yang tinggi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berkenaan PRN Sabah di sini. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close