MalaysiaPilihan Editor

SELAMAT HARI UMNO: Parti Keramat 76 Tahun Perlu Punya 6 Visi – Syor Norliza Abdul Rahim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Hari ini (11 Mei) adalah tarikh keramat lahirnya sebuah parti yang menegakkan agama, membina bangsa dan ketamadunan negara,” kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menzahirkan inilah UMNO yang selama 76 tahun telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh pragmatik, rasional, relevan dan dinamik berasaskan realiti semasa.

“Tidak pernah gentar dan luntur walaupun dihina, dicaci, diherdik, ditikam dari belakang dan susah payah mendepani pelbagai dugaan dan cabaran, UMNO itu tetap berada di situ,” tegas Norliza lagi dalam muatnaik Facebook (FB) rasminya di sini.

Sehubungan itu, Norliza juga menggariskan bahawa UMNO perlu ada 6 visi iaitu;

Visi 1 ialah parti ini terus menjadi pejuang rakyat jelata tidak kira waktu.

Visi 2, mengusahakan peluang dan ruang sehabis baik dalam keperluan sosioekonomi harian demi kelangsungan hidup.

Visi 3, UMNO perlu terus berani melakukan pembaharuan politik yang berdaya maju, mesra pengundi dan rakyat serta menampilkan pemimpin yang segar selari dengan keberanian pengundi untuk berubah.

Visi 4, parti keramat 76 tahun bersedia menampilkan 30 peratus atau lebih kepimpinan politik wanita sebagai calon kerusi Parlimen dan DUN bagi PRU15 selari dengan jumlah pengundi wanita yang ramai dalam negara ini.

Visi 5, secara realiti sekarang, UMNO hendak dilihatkan sebagai parti yang berwawasan, cermat, kebersamaan dan ada masa depan yg lebih menyakinkan bagi harapan rakyat jelata terutama dalam kalangan pengundi muda dan kaum lain.

Visi 6, kepimpinan UMNO hendaklah berterusan mencari makna dan perencanaan baharu terhadap perjuangan parti supaya rakyat terus percaya dan sokong.

Di samping itu, Norliza sentiasa menaruh keyakinan tinggi di atas kepimpinan Presiden UMNO,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibantu Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan serta Naib Presiden UMNO lain, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta seluruh parti UMNO.

Sempena Hari UMNO ke-76 ini, Norliza turut menyelitkan pantun perjuangan;

Gigih berjuang berjiwa besar,

Berkasih sayang jangan berpecah,

Biar dihalang tidak tersasar,

Letih bergelanggang redha mencecah.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close