Dimensi BisnesEkonomi Islam & GlobalPilihan Editor

“Taste Of Sabah” Pencetus Promosi & Produk PKS Di Bumi United Kingdom

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Promosi Taste of Sabah selama dua minggu di 11 restoran Asia terkenal di London, United Kingdom (UK) bermula 9 Mei 2022 dilihat sebagai pencetus program Promosi dan Misi Penjualan produk Bumiputera Sabah.

Bagi menjayakan promosi Taste Of Sabah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad mengetuai rombongan kerajaan.

Satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Kristal Handal Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah dengan beberapa pemborong dan pengedar serta peruncit  telah dimeterai dalam talian di United Kingdom dan Perancis.

“Misi anjuran Kristal Handal Sdn Bhd itu merupakan salah satu inisiatif yang dirancang sempena pelaksanaan Program Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC).

“Ia dibiayai di bawah program Dana Pembangunan Bumiputera (DPUB) TERAJU bagi memacu pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) khususnya masyarakat Bumiputera di Sabah,” kata Dr Abd Latiff di sini.

GLOPEC bertindak sebagai platform yang ditubuhkan melalui perkongsian strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Unit Tindakan Afirmatif Bumiputera di bawah Jabatan Perdana Menteri (TERAJU) untuk membantu PKS Sabah mengembangkan operasi perniagaan mereka dan menghubungkan mereka kepada rangkaian pembekal, pengimport dan pengedar global yang lebih besar.

Menurut Dr Abd Latiff, program bagi misi ini tertumpu kepada usaha untuk mempromosikan produk Buatan Sabah ke UK dan pasaran Eropah yang lain selama seminggu.

“Delegasi mempunyai peluang unik untuk bertemu secara peribadi dengan bakal pemborong, pengedar atau peruncit dalam talian” katanya.

UK dan Perancis adalah pasaran yang menawarkan pertumbuhan ketara dan peluang besar untuk kerjasama perniagaan.

“Saya berbesar hati mengetuai promosi Taste of Sabah ini untuk memacu lebih banyak peluang bagi produk Buatan Sabah untuk menandakan kehadiran mereka di pasaran UK.

Adalah menjadi satu matlamat di Jabatan Perdana Menteri melalui TERAJU untuk membantu usahawan B40 dan M40 meluaskan jejak mereka ke pasaran yang lebih besar seperti pasaran serantau dan global.

Sehubungan itu,  Dr Abdul Latiff berkata, misi ini merupakan satu langkah penting untuk memastikan GLOPEC dan usahawan Sabah yang mengambil bahagian dapat menjalin rangkaian, mempelajari tentang peluang perniagaan dan membina jambatan yang lebih kukuh untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Kita mahu mencipta pekerjaan dan memberi manfaat kepada komuniti untuk model perniagaan yang lebih mampan dan inklusif,” katanya.

Di samping itu, Pengarah Yayasan Sabah dan Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Ghulam Haidar @Yusof Khan Bahadar  turut menyertai misi perdagangan itu.

Beliau berkata, Yayasan Sabah komited untuk menyokong usahawan PKS semasa mereka bertindak balas terhadap gangguan ekonomi global yang disebabkan oleh Covid-19.

“Melalui misi itu, kami akan meningkatkan keterlihatan produk Buatan Sabah dan mengambil usaha gigih untuk melibatkan pemborong dan pengedar serta peruncit dalam talian di UK dan Perancis,” katanya di sini.

Turut mengikuti misi ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman, pegawai TERAJU, Kumpulan Yayasan Sabah dan Kristal Handal Sdn Bhd serta usahawan Sabah. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close