MalaysiaPilihan Editor

Seorang Lagi Rakyat Malaysia Tawan Puncak Everest

Seorang lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan, berjaya menakluk Gunung Everest, puncak tertinggi dunia, hari ini.

Nagarajan, 59, lebih mesra dipanggil RJ atau Rajan, tiba di puncak Everest tepat jam 10.30 pagi tadi (12.45 tengah hari waktu Malaysia) menerusi program Misi ZeroTo8000.

Pengasas ZeroTo8000, Mohd Khafiz Bachok, dalam satu kenyataan berkata, kejayaan itu menjadikan RJ rakyat Malaysia kedua berjaya mendaki semua tujuh puncak tertinggi di tujuh benua (versi Ralhold Messner).
RJ Nagarajan, berjaya menakluk Gunung Everest, puncak tertinggi dunia, hari ini.
RJ Nagarajan, berjaya menakluk Gunung Everest, puncak tertinggi dunia, hari ini.

“Pendakian beliau adalah untuk menyampaikan mesej dan semangat rakyat Malaysia dalam berdikari mengejar impian dan mencipta kejayaan.

“RJ memaklumkan, setiap rakyat Malaysia harus berusaha berdikari dalam mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Malah, RJ melakukan semua pendakian ini dengan bekerja keras mengumpul dana sendiri dan kini terbukti berjaya.

Sebelum ini, RJ berjaya mendaki puncak tertinggi di benua Amerika Selatan, Gunung Aconcagua di Argentina (6,961 meter); puncak tertinggi benua Amerika Utara, Gunung Denali di Amerika Syarikat (6,194 meter) dan Gunung Kilimanjaro di Tanzania (5,895 meter) iaitu puncak tertinggi di benua Afrika.

Selain itu, Gunung Elbrus di Rusia (5,642 meter) iaitu puncak tertinggi di benua Eropah; Gunung Vinson (4,892 meter), puncak tertinggi di benua Antartika dan Gunung Kosciuszko di Australia (2,228 meter).

 

RJ Nagarajan (helmet merah) ketika menawan Gunung Lhotse, gunung keempat tertinggi dunia dengan ketinggian 8,516 meter pada 2022. RJ Nagarajan (sut kuning) ketika tiba di puncak Gunung Manaslu, Nepal pada 2022 (gambar kanan).
RJ Nagarajan (helmet merah) ketika menawan Gunung Lhotse, gunung keempat tertinggi dunia dengan ketinggian 8,516 meter pada 2022. RJ Nagarajan (sut kuning) ketika tiba di puncak Gunung Manaslu, Nepal pada 2022 (gambar kanan).

RJ turut melengkapkan dua lagi gunung iaitu Gunung Mont Blanc, di Perancis pada ketinggian 4,810 meter dan Puncak Jaya di Irian Jaya pada ketinggian 4,884 meter.

Beliau mengambil masa tujuh tahun sejak 2016 untuk melengkapkan semua pendakian terbabit.

Sebelum ini, penjelajah negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin menjadi rakyat Malaysia pertama menamatkan pendakian ke tujuh puncak tertinggi di tujuh benua. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close