Duniaku TeknokratPilihan Editor

Petronas Dagangan Catat Untung Lebih Rendah RM184.72 Juta

Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi suku ketiga berakhir 30 September 2023 susut kepada RM184.72 juta daripada RM275.97 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan 2022.

Perolehan berkurangan kepada RM9.92 bilion daripada RM10.13 bilion bagi tempoh yang sama, berikutan harga jualan purata lebih rendah sebanyak 7.0 peratus walaupun jumlah jualan lebih tinggi sebanyak enam peratus, menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Keuntungan bersih menjadi lebih rendah disebabkan oleh pergerakan harga yang tidak menggalakkan dan memberi kesan terhadap bahan api Jet A1 dan diesel, di samping perbelanjaan mengurus yang lebih tinggi.

“Ini, bagaimanapun, diimbangi oleh sumber pendapatan lain seiring dengan peningkatan pendapatan faedah,” jelasnya.

Margin yang lebih tinggi daripada sumber lain menyumbang kepada keuntungan bersih yang lebih baik.

“Ini (bagaimanapun) dikekang oleh peningkatan perbelanjaan mengurus ditambah dengan pendapatan lebih rendah (daripada segmen lain) berikutan keuntungan daripada penjualan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak dalam tempoh yang sama tahun lalu,” katanya. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close