Dimensi Bisnes

BACALAH AUTO: Proton e.MAS 7 Kekal Model EV Paling Laris Di Malaysia

PRO-NET, anak syarikat kepada pengeluar kereta nasional, PROTON merekodkan pencapaian baharu dengan jumlah penghantaran sebanyak 1,853 unit Proton e.MAS 7 bagi suku pertama 2025.

Dengan 797 unit dijual pada bulan lalu, pegangan pasaran bagi model ini setakat tahun ini adalah 30 peratus, sekali gus mengukuhkan kedudukan Proton e.MAS 7 sebagai model kenderaan elektrik (EV) nombor satu di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata syarikat mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan yang tidak terhingga, keyakinan dan kepercayaan terhadap Proton e.MAS 7 bahawa PRO-NET mampu menyediakan ekosistem yang membolehkan mereka menikmati pengalaman pemanduan elektrik dengan penuh kepuasan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengedar dan rakan kongsi kami kerana berjaya dalam menyediakan ekosistem keperluan pelanggan.

Proton e.MAS 7 didatangkan dengan pelbagai ciri terbaik dalam kelasnya pada harga yang mampu milik untuk semua rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada mobiliti lestari.

Harga bermula daripada RM105,800 untuk varian Prime dan RM119,800 untuk varian Premium.

Dengan 33 ruang simpanan pelbagai saiz untuk menyimpan barangan peribadi dan jarak antara roda yang panjang memberikan lagi keselesaan ruang kepada penumpang, Proton e.MAS 7 menawarkan pelbagai kelebihan yang menjadi pilihan pembeli.

Dalam satu kajian terkini yang dijalankan oleh PRO-NET, tiga sebab utama pelanggan memilih Proton e.MAS 7 adalah kerana nilai yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan, ruang kabin dan ruang bagasi yang luas, serta ciri-ciri inovatif yang terdapat pada kenderaan ini.

Selain daripada pelbagai ciri keselesaan moden, aspek keselamatan turut menjadi keutamaan.

Proton e.MAS 7 dilengkapi dengan Bateri AEGIS Short Blade yang telah menjalani ujian siri ekstrem pertama dalam industri.

Ujian ini membuktikan ketahanan bateri terhadap haba yang melampau, hakisan air masin, geseran pada bawah bateri, bebanan berlebihan, serta hentaman dari sisi.

Bateri ini juga menawarkan jarak WLTP (Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure) yang tepat, seperti yang diuji dan dibuktikan dalam ujian jarak secara langsung yang dijalankan awal bulan lalu menggunakan varian Proton e.MAS 7 Prime.

Bagi memudahkan peralihan dari kenderaan enjin petrol (ICE) ke EV, pemilik baharu kini mempunyai akses kepada lebih 2,300 poin pengecasan awam di Malaysia yang dikendalikan oleh Gentari, JomCharge, chargEV, DC Handal, Chargesini, Carput Zap, RExharge, dan Charge+.

Selain itu, 75 poin pengecasan DC sehingga 120kW tersedia di beberapa pusat pengedar Proton e.MAS, dan smart, memberikan pemilik lebih banyak pilihan untuk mengecas EV mereka. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close