Dimensi BisnesPilihan Editor

Malaysia Bakal Keluarkan Kapal Elektrik Pertama

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Seri Norazman Ayob (tiga dari kiri) dan Presiden AMIM, Soo Jee Main (tiga dari kanan) pada majlis menandatangan MoU pembinaan kapal elektrik pertama Malaysia, hari ini -NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Seri Norazman Ayob (tiga dari kiri) dan Presiden AMIM, Soo Jee Main (tiga dari kanan) pada majlis menandatangan MoU pembinaan kapal elektrik pertama Malaysia, hari ini -NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Malaysia bakal memiliki kapal elektrik pertama dalam tempoh tiga tahun akan datang, sekali gus mengukuhkan kedudukan industri pembinaan kapal dan pembaikan kapal (SBSR) negara.

Ia bakal direalisasikan sepenuhnya oleh Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM) melalui perkongsian strategik rasmi adalah antara tiga syarikat utama SBSR tempatan bersama syarikat hijau inovatif dari Singapura.

Presiden AMIM, Soo Jee Main, berkata ia perkongsian strategik rasmi untuk membina kapal bekalan luar pesisir hijau (OSV) pertama keluaran Malaysia dan membekalkannya ke pasaran global.

Beliau berkata, projek perintis pembinaan kapal elektrik pertama Malaysia dan juga serantau itu akan dimulakan pada 2023 membabitkan kos sebanyak AS$25 juta.

“Industri percaya bahawa projek ini akan membuka pintu merentasi

“Sebagai projek perintis kerjasama antara negara, ia bersifat oportunis. Semua pihak yang terbabit mempunyai peranan yang berbeza tetapi sama penting, membawa kepada peningkatan pekerjaan, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta pengembangan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Evolution Concepts Pte Ltd, Grade One Marine Shipyard Sdn Bhd, Shin Yang Shipyard Sdn Bhd dan Muhibbah Marine Engineering Sdn Bhd.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Norazman Ayob.

Jee Main berkata, melalui peluang perkongsian seperti ini, syarikat SBSR tempatan terbukti mampu membina kapal hijau dan bersedia menerima tempahan.

Beliau berkata, ia juga akan menarik lebih banyak pelaburan dan kerjasama asing, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang bermakna untuk rakyat Malaysia dalam industri maritim.

Katanya, industri maritim dan SBSR Malaysia diiktiraf di peringkat global dengan menduduki tempat keempat dalam Lima Ekonomi Teratas dengan Indeks Ketersambungan Perkapalan Liner (LSCI) Tertinggi 2021 mengikut Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Negara Bersatu.

“Kita juga mempunyai pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Klang yang disenaraikan antara 25 Pelabuhan Teratas di bawah Indeks Prestasi Pelabuhan Kontena IHS Markit Bank Dunia 2020, masing-masing di tempat ke-13 dan ke-14.

“Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dan projek ini datang tepat pada masanya untuk kita bergerak pulih pasca pandemik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Evolution Concepts, Kelvin Chong, berkata kapal elektrik adalah pilihan industri maritim di masa hadapan kerana ia mampu memberikan penjimatan serta mesra alam.

Beliau berkata, tempoh hayat penggunaan kapal elektrik juga lebih lama berbanding kapal konvensional selain kurang memerlukan penyelenggaraan dan penggunaan tenaga kerja yang lebih cekap.

Namun, katanya paling utama kemahiran tenaga kerja tempatan dapat dipertingkatkan ke arah teknologi yang lebih maju.

Kapal hijau pertama yang dibina di Malaysia itu akan menampilkan Sistem Bateri Biru G yang mampu meminimumkan penggunaan set penjana.

Kapasiti Sistem Bateri Biru G boleh dikira berdasarkan jumlah keperluan kuasa kapal dan akan dapat dioptimumkan berdasarkan keperluan operasi.

Sistem Bateri Biru G boleh dicas semula oleh set penjana di atas kapal atau melalui sumber janaan lestari di darat.

Dengan teknologi itu, kapal mampu menjimatkan pengunaan bahan api dan mengurangkan jejak karbon, perbelanjaan operasi serta kos kitaran hayat. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close