GovernansPilihan Editor

BACALAH AUTO: Geely Labur AS$10 Bilion – Perdana Menteri

Syarikat automotif China, Geely menyatakan komitmen untuk melabur tambahan sebanyak AS$10 bilion (RM45.3 bilion) di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pelaburan tambahan itu sebagai komitmen Geely untuk terus membangunkan Tanjung Malim, Perak sebagai kota automobil terbesar di rantau ini.

Katanya, hasrat Geely itu dinyatakan menerusi surat sepanjang 10 halaman yang disampaikan kepadanya malam tadi, dan berpotensi melonjakkan ekonomi dan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Syarikat Geely, yang buat kerjasama dengan Proton, mereka tulis surat kepada saya sepanjang 10 halaman. Beritahu mereka nak teruskan rancangan menjadikan Tanjung Malim sebagai kota automobil yang terbesar di rantau ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close