GovernansPilihan Editor

Bantuan Bayaran Balik Kekang Kegagalan Pinjaman – BNM

Program bantuan bayaran balik pinjaman dan langkah sokongan oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) setakat ini telah membendung peningkatan kejadian mungkir yang ketara, dengan keseluruhan nisbah pinjaman terjejas perniagaan secara amnya kekal stabil pada 2.7 peratus.

Namun begitu, bank bersiap sedia untuk menghadapi kejadian mungkir yang lebih tinggi dan terus menambah peruntukan terhadap potensi kerugian kredit yang berlaku apabila langkah sokongan akhirnya dihentikan, demikian kata bank pusat dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2021 yang diterbitkan hari ini.

BNM berkata, di bawah senario simulasi ekonomi lembap yang berlarutan dan ketiadaan campur tangan dasar, bank dijangka kekal berdaya tahan walaupun pinjaman terjejas perniagaan mencecah hingga tiga kali paras semasa pada akhir 2022.

Ia berkata, daya tahan bank terus menyokong pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya maju.

Kelulusan pinjaman itu membantu PKS meneruskan aktiviti perniagaan, terutamanya ketika mereka berusaha untuk menyesuaikan operasi atau merebut peluang perniagaan yang baharu sebagai tindak balas terhadap kesan jangka pendek dan jangka lebih panjang yang akan berlaku akibat pandemik.

Pembiayaan untuk aktiviti berkaitan pelaburan, yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran PKS, terus bertambah walaupun pada kadar yang lebih sederhana (Jun 2021: 2.4 peratus; Disember 2020: 7.6 peratus).

Sementara itu, pembiayaan untuk modal kerja meningkat sebanyak 9.2 peratus (Disember 2020: 12.3 peratus), didorong terutamanya oleh sektor yang berurusan secara langsung dengan pengguna seperti sektor borong dan runcit, hotel dan restoran serta pengangkutan yang terus menghadapi rintangan dalam persekitaran yang mencabar. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close