Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Dasar Sifar COVID-19 China Jejas Pemulihan Ekonomi Global

Kelembapan mendadak ekonomi China akibat peraturan ketat sifar COVID-19 menimbulkan keraguan berhubung sumbangan negara itu kepada pelaburan dan perdagangan global masa hadapan.

Pengiraan berdasarkan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan jangkaan purata sumbangan tahunan China kepada pertumbuhan ekonomi global sehingga 2027 adalah kira-kira 29 peratus.

Walaupun itu adalah tambahan yang besar, ia berbeza dengan tahun-tahun selepas krisis kewangan global 2008, apabila purata itu menghampiri 40 peratus.

Pertumbuhan eksport China turun perlahan kepada satu angka pada April lalu, antara yang paling lemah sejak bermulanya wabak itu, manakala import hampir tidak berubah apabila sekatan COVID-19 menghentikan pengeluaran kilang dan mengurangkan permintaan.

Pihak berkuasa dijangka akan amat teliti dalam menggubal dasar berhubung COVID-19 menjelang mesyuarat utama Parti Komunis menjelang akhir tahun ini.

Sebagai tanda berhati-hati, China minggu lalu melepaskan hak untuk menjadi tuan rumah perlawanan akhir bola sepak piala Asia tahun depan kerana kebimbangan COVID-19.

Di bawah dasar sifar-COVID-19, warga China hanya menikmati tempoh keterbukaan dan kebebasan relatif yang panjang dalam lingkungan ekonomi domestik, tetapi kekal tertutup dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, penularan coronavirus tempatan baru-baru ini menyebabkan kerajaan bukan saja menutup sebahagian besar sektor pembuatan, sekali gus menambah kejutan terhadap bekalan global.

Pada masa sama, China turut menggandakan sekatan yang mengehadkan pergerakan orang keluar masuk ke negara itu, walaupun kebanyakan negara sudah memulakan fasa ‘hidup bersama COVID-19’. – REUTERS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close