MalaysiaPilihan Editor

Isi Segera 39,000 Peluang Pekerjaan Di Langkawi

Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha mengisi kekurangan tenaga kerja industri pelancongan dan perhotelan di Langkawi yang memerlukan sehingga 39,000 pekerja.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim, berkata pihaknya kini mengadakan program temu duga di seluruh negara yang dilakukan jawatankuasa khas bersama pemain industri di pulau peranginan itu, sejak awal bulan lalu.

“Kita tumpukan temu duga ini kepada semua pencari kerja termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengisi kekosongan dalam sektor pelancongan di Langkawi agar industri tidak lagi perlu bergantung kepada pekerja asing.

“Kita akan pastikan agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adakan temu duga ini secara lebih kerap dan pantas untuk ambil anak muda terbabit,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pendang di sini.

Katanya, bagi langkah jangka panjang pula, pihaknya akan menumpukan perhatian dalam latihan kemahiran sektor pelancongan dan perhotelan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang berkenaan.

“Tidak timbul isu pekerja tempatan tidak mahu bekerja dalam sektor berkenaan. Saya harap pekerja tempatan ambil kesempatan bekerja dalam bidang pelancongan kerana ini bukan pekerjaan kategori 3D (kotor, bahaya dan sukar), jadi ia sesuai dengan kehendak masyarakat,” katanya.

Awang berkata berdasarkan rekod PERKESO, terdapat 2,164 majikan aktif yang memerlukan sehingga 39,000 pekerja dalam sektor pelancongan dan perhotelan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close