Pilihan EditorTwo Cents

Empat Instrumen Tampung Kekurangan Hasil Kerajaan – LIDAH PENGARANG

 

Mari kita lihat seperti yang dilaporkan dalam BH ONLINE yang menyentuh soal empat instrumen bagi kerajaan meningkatkan hasil negara.

Perkara ini penting bagi membolehkan kerajaan meningkatkan hasil, selepas sumber pendapatan berkemungkinan terhad jika tiada cukai baharu diperkenalkan dalam Bajet 2022.

LIDAH PENGARANG memetik kata Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidik Pasaran RHB Investment Bank Bhd, Dr Sailesh K Jha, seperti yang dilaporkan dalam BH ONLINE bahawa  instrumen berkenaan adalah pertumbuhan ekonomi, pematuhan cukai sedia ada, harga komoditi lebih tinggi dan pengakhiran tempoh pelbagai sokongan fiskal oleh kerajaan.

Bagi instrumen pertumbuhan ekonomi, dijangkakan persekitaran domestik yang lebih baik tahun depan memandangkan halangan pertumbuhan dapat diatasi.

Ia semestinya membawa kepada peningkatan keuntungan kepada syarikat dan menjurus kepada kutipan cukai pendapatan korporat lebih tinggi.

Bagi instrumen pematuhan cukai, kenyataan pra-Bajet 2022 menyatakan penyusunan pelbagai strategi termasuk perisytiharan cukai sukarela, pelaksanaan pertukaran sistematik berkaitan maklumat pembayar cukai dengan negara lain selain menguruskan pengelakan cukai secara rentas sempadan.

Berdasarkan anggaran industri, arak seludup mewakili kerugian pendapatan tahunan lebih RM1.1 bilion kepada kerajaan, selain kehilangan cukai RM5 bilion daripada penyeludupan rokok.

Bagi instrumen ketiga, Bajet 2022 dijangka meletakkan purata harga minyak mentah Brent sekitar AS$70 satu tong, sekali gus menghasilkan kutipan hasil yang berdaya tahan daripada cukai pendapatan dan royalti petroleum.

Dividen PETRONAS dijangka meningkat. Dianggarkan pembayaran dividen sekitar RM30 bilion tahun depan berbanding RM25 bilion tahun ini.

Secara keseluruhan, hasil berkaitan minyak dianggarkan menyumbang kepada 22.1 peratus daripada jumlah pendapatan pada 2022 daripada 21.5 peratus sebelumnya.

Penamatan tempoh beberapa sokongan fiskal tahun ini termasuk penangguhan ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dalam industri pelancongan atau pengurangan kadar cukai sewa penginapan pekerja di bawah program Safe@Work.

Walaupun begitu, beberapa langkah sokongan cukai dijangka masih kekal untuk tahun depan walaupun skopnya akan menjadi lebih sempit. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close